20 Oleh itu, terdapat keperluan penting untuk memupuk hubungan baik antara komuniti dalam konteks ini. SUHAKAM akan melaksanakan usaha untuk menghapuskan prasangka, tanggapan stereotaip dan kebencian kaum, dan pada masa sama memupuk rasa hormat terhadap aspek kepelbagaian budaya, kaum dan agama dengan cara meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia; di samping menggalakkan dialog antara budaya yang membina. Seterusnya, melalui fungsi penyelidikan dan sokongannya, SUHAKAM akan mengenal pasti dan mendedahkan insiden rasisme, diskriminasi kaum dan xenofobia di negara ini dan bagaimana semua perkara ini dapat mengekang dan juga menjejaskan nikmat hak asasi manusia yang lain. SUHAKAM juga akan meneruskan sokongan kepada Malaysia untuk memperkenalkan undang-undang antidiskriminasi dan menyertai ICERD, dan pada masa yang sama, bekerjasama erat dengan kerajaan untuk mengkaji semula undang-undang, dasar dan program sedia ada bagi memastikan dan menggalakkan keharmonian serta merangkumkan prinsip kesaksamaan dan tanpa diskriminasi selaras dengan piawaian antarabangsa. Selain itu, SUHAKAM akan menyokong pembentukan mekanisme yang boleh dipercayai dan berkesan yang diberi mandat untuk bukan sahaja menerima aduan, tetapi juga menyediakan langkah pemulihan untuk mangsa diskriminasi kaum dan xenofobia. Objektif strategik keempat akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan realisasi hak kanak-kanak, yang akan diterajui oleh Pejabat Pesuruhjaya Kanakkanak yang baru ditubuhkan dalam SUHAKAM. Ke arah mencapai objektif ini, OCC akan memainkan peranan dalam memantau tindakan kerajaan dan pelaku lain yang berkaitan untuk merealisasikan hak kanak-kanak, selaras dengan obligasi yang ditandatangani oleh Malaysia apabila meratifikasi CRC. Pesuruhjaya Kanakkanak SUHAKAM akan menggalakkan dan berusaha untuk melindungi hak kanak-kanak; termasuk untuk meningkatkan kepekaan Kerajaan, agensi awam dan orang ramai terhadap peruntukan Konvensyen, membantu pelaksanaan pendidikan hak asasi manusia di sekolah, dan memastikan pendidikan hak asasi manusia memberikan fokus kepada kanak-kanak. OCC juga akan berusaha ke arah memperkukuh amalan mesra kanak-kanak dalam operasinya sendiri, menggunakan pendekatan hak kanak-kanak dalam semua urusannya. Dalam melaksanakan strategi di atas, SUHAKAM akan mengambil kira undang-undang, dasar dan program domestik termasuk, tetapi tidak terhad kepada, belanjawan negara Malaysia dan pelan kebangsaan selama 5 tahun, serta komitmen antarabangsa Malaysia yang berkaitan dengan hak asasi manusia seperti SDG, UPR dan pelbagai mekanisme dan platform hak asasi manusia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 21 Objektif Strategik Objektif Strategik 1: Memperkukuh Peranan dan Kepimpinan SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Malaysia dan sebagai Badan Bebas untuk Perlindungan dan Pemerkasaan Hak Asasi Manusia di Malaysia Tahun 2020 menandakan berakhirnya Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2016-2020. Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK-12)4 akan disejajarkan dengan inisiatif kemakmuran bersama merangkumi tiga dimensi, iaitu pemerkasaan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan penstrukturan semula sosial. Inisiatif ini bertujuan memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan bermakna ke arah masyarakat yang lebih makmur. Objektif Strategik 1: Memperkukuh Peranan dan Kepimpinan SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Malaysia dan Badan Bebas untuk Perlindungan dan Pemerkasaan Hak Asasi Manusia di Malaysia Keterangan Hasil SUHAKAM komited dalam tempoh Pelan Strategik ini untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa, dengan memperkasakan dan melindungi hak asasi manusia melalui pelaksanaan tanggungjawab berkanunnya secara berkesan. • • • 4 Meningkatkan keupayaan Suruhanjaya untuk memastikan pelaksanaan peranannya sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan dengan berkesan Melibatkan hubungan strategik dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk ahli parlimen dan pemimpin politik lain, pegawai kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan komuniti, persatuan profesional dan media Memantau situasi hak asasi manusia di Malaysia secara amnya dan di kawasan dan lokasi tertentu, termasuk tempat tahanan dan dalam acara tertentu Twelve Malaysia Plan by Economic Planning Unit http://rmke12.epu.gov.my/ 4 about-us Rancangan Malaysia Kedua Belas oleh Unit Perancang Ekonomi http://rmke12.epu.gov.my/about-us Impak Petunjuk Jangka Panjang Perkadaran bilangan penduduk yang sedar tentang konsep dan prinsip hak asasi manusia Jangka Panjang Pengurangan kes yang melibatkan pelanggaran hak asasi manusia seperti yang dilaporkan di media iii. Memastikan aduan pelanggaran hak asasi manusia dikendalikan dengan berkesan, supaya kes berjaya diselesaikan sebanyak mungkin Jangka Sederhana – Jangka Panjang Bilangan aduan yang diterima dan diselesaikan melalui mekanisme aduan SUHAKAM i. Meningkatkan pengetahuan dan amalan yang lebih baik tentang hak asasi manusia dalam kalangan guru, murid dan pentadbir sekolah Jangka Pendek Perkadaran bilangan guru dan yang mempunyai murid pengetahuan hak asasi manusia ii. Meningkatkan pematuhan undang-undang domestik dengan obligasi triti antarabangsa Jangka Panjang Bilangan undang-undang dan dasar domestik adalah selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa iii. Meningkatkan pengiktirafan dan penerimaan prinsip hak asasi manusia oleh mahkamah Jangka Sederhana Bilangan campur tangan yang berjaya dalam prosiding kehakiman ii. Memastikan undang-undang, dasar dan tatacara domestik dipatuhi, dan dikuatkuasakan mengikut piawaian hak asasi manusia antarabangsa SUHAKAM percaya selaras dengan usaha ini, negara perlu berusaha secara serentak untuk mematuhi sepenuhnya piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Malaysia harus berganding bahu sebagai peserta penuh dalam sistem hak asasi manusia antarabangsa, sebagai pihak kepada semua perjanjian hak asasi manusia teras, dan perjanjian ini harus dilaksanakan di dalam negara, dalam undang-undang dan amalan. Keutamaan i. Meningkatkan kesedaran, penghormatan dan sokongan awam terhadap hak asasi manusia dan memperkasa mereka untuk bertindak selaras dengannya Rangka Masa Bilangan aduan yang diterima oleh organisasi masyarakat sivil terpilih

Выберите целевой абзац3