Isu-Isu Utama 9. TEMPAT TAHANAN Berdasarkan lawatan berkala yang dijalankan, Suruhanjaya mendapati keadaan di pusat tahanan secara umumnya memenuhi standard minimum. Walau bagaimanapun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan: • Sekurang-kurangnya seorang pengamal perubatan harus ditempatkan di pusat tahanan untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada kakitangan dan tahanan, serta nasihat mengenai makanan yang bersesuaian untuk tahanan yang sakit. • Peruntukan bajet makanan untuk tahanan perlu dikaji semula dari semasa ke semasa dan diseragamkan untuk semua pusat tahanan. • Kerajaan perlu menangani kekurangan sumber manusia di penjara dan pusat tahanan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program pemulihan untuk banduan dan tahanan. • Kerajaan perlu meneliti hak, kebajikan dan keadaan persekitaran kerja kakitangan di semua pusat tahanan, terutamanya mereka yang terdedah kepada penyakit berjangkit. 10. LAPORAN INKUIRI NASIONAL MENGENAI HAK TANAH ORANG ASAL/ASLI DI MALAYSIA (LAPORAN NI) Suruhanjaya telah melengkapkan Laporan NI pada bulan April dan mengumumkan kepada orang awam pada 5 Ogos, berikutan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas bagi mengkaji hasil dapatan, syor dan cadangan laporan tersebut. Walaupun Suruhanjaya mengalu-alukan maklum balas serta merta daripada Kerajaan, ia berpandangan bahawa Laporan NI tersebut harus dibincangkan di Parlimen. Memandangkan kepentingan hasil dapatan terhadap kesejahteraan Orang Asal, Suruhanjaya berharap agar Pasukan Petugas Khas akan melengkapkan hasil dapatannya dalam tempoh yang munasabah. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terlibat harus memastikan pelaksanaan syor dan cadangan di bawah enam tema Laporan NI dengan segera dan secara berkesan. Memandangkan kepentingan hasil dapatan terhadap kesejahteraan Orang Asal, Suruhanjaya berharap agar Pasukan Petugas Khas akan melengkapkan hasil dapatannya dalam tempoh yang munasabah. Terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hak tanah Orang Asal. Suruhanjaya berpendapat adalah penting bagi Kerajaan mengiktiraf sepenuhnya hak ini memandangkan Orang Asal adalah antara kumpulan yang paling terpinggir dan kurang bernasib baik di Malaysia. 15

Выберите целевой абзац3