Modul Hak Asasi Pasca UPSR Bagi mengukuhkan penyampaian pendidikan hak asasi manusia, pada tahun 2009, SUHAKAM dengan sokongan penuh KPM telah memperkenalkan program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di sekolah-sekolah. Program ini bertujuan mewujudkan sekolah mesra hak asasi manusia, iaitu sekolah yang mengamalkan hak asasi manusia dalam pelaksanaan pendidikan kepada warga sekolah. Program ini menggalakkan pewujudan persekitaran dan komuniti sekolah yang peka kepada amalan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak dalam aspek pengajaran, pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah serta mengamalkan sifat hormat-menghormati dan bertanggungjawab oleh semua warga sekolah. Pada tahun 2018, program ATHAM dijalankan di 222 buah sekolah yang telah dipilih oleh KPM berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan bersama. Ia meliputi sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah vernakular, sekolah agama dan sekolah Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Bagi memantapkan pendidikan hak asasi manusia di sekolah, SUHAKAM dengan kerjasama KPM kini memperkenalkan modul-modul hak asasi manusia untuk murid yang baru selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). 4

Выберите целевой абзац3