Modul Hak Asasi Pasca UPSR Perbincangan/Pembentangan 9. Selepas tamat aktiviti, berikan ruang kepada murid untuk membuat sedikit refleksi minda mengenai aktiviti yang telah mereka jalankan sebentar tadi. Penutup 10. Guru mengakhiri pelajaran hari ini dengan menekankan hak kanak-kanak serta kemanusiaan yang diperolehi dari pelajaran hari ini. 11. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai yang diperolehi hasil dari pelajaran hari ini. 12. Guru boleh berkongsi maklumat tambahan dan fakta yang tepat mengenai hak asasi manusia dan hak kanak-kanak. Nota rujukan untuk guru : i. Hak asasi manusia adalah hak asasi dan kebebasan yang dimiliki oleh semua manusia. Hak-hak ini telah dinyatakan dalam 30 Artikel Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948. ii. UDHR mengisytiharkan bahawa setiap manusia dilahirkan sama rata dari segi maruah diri dan hak-hak, tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, jantina dan pangkat. iii. Hak kanak-kanak telah dinyatakan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak (CRC). iv. Terdapat 54 artikel dalam CRC. v. Kanak-kanak adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah. vi. Antara artikel dalam CRC yang berkaitan dengan aktiviti : 22 • Tiada diskriminasi (Artikel 2, CRC) • Kebebasan bersuara dan menyampaikan pendapat (Artikel 13, CRC) • Hak kanak-kanak kurang upaya (Artikel 23, CRC)

Выберите целевой абзац3