Modul Hak Asasi Pasca UPSR Langkah-langkah pelaksanaan 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli. 2. Setiap kumpulan memilih satu tema yang berbeza daripada senarai berikut : (i) Hak kanak-kanak kepada pendidikan (rujuk Artikel 28 & 29 CRC) (ii) Hak kanak-kanak kepada kesihatan (rujuk Artikel 24 CRC) (iii) Hak kanak-kanak untuk hidup secara adil dan seimbang (rujuk Artikel 6 CRC) (iv) Hak kanak-kanak untuk mengamalkan budaya sendiri (rujuk Artikel 30 CRC) 3. Murid diberi penerangan lanjut mengenai tema yang dipilih. Bahan rujukan mengenai tema-tema di atas boleh diperoleh daripada lampiran di muka surat 9. 4. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan sebuah lukisan mengikut tema yang dipilih mengikut kreativiti masing-masing (contoh : orang lidi, kartun, bentuk abstrak atau apa sahaja yang difikirkan sesuai). Perbincangan/Pembentangan 5. Setiap wakil kumpulan diminta menceritakan maksud lukisan yang dihasilkan. 6. Hasil lukisan dipamerkan di sekeliling kelas (gallery walk). 7. Selepas gallery walk, murid membuat refleksi minda mengenai hak kanak-kanak. Penutup 8. Guru mengakhiri sesi pembelajaran dengan menekankan hak kanak-kanak serta kemanusiaan yang diperolehi dari pelajaran hari ini. 9. Guru juga perlu menerapkan nilai-nilai yang diperolehi hasil daripada pelajaran. 10. Guru boleh berkongsi maklumat tambahan dan fakta yang tepat mengenai hak asasi manusia. 10

Выберите целевой абзац3