Jaminan bahawa syor-syor berkenaan akan dilaksanakan setelah kajian konsep tanah adat selesai bagi saya tidak begitu meyakinkan. Mengapakah wujudnya ketidakpastian untuk meningkatkan kualiti hidup kaum peribumi? Hak berpolitik, ekonomi dan sosial jelas dinyatakan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Sebagai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, SUHAKAM tegas bersuara mengecam alasan pihak berkuasa dalam mengiktiraf dan melaksanakan sepenuhnya promosi dan perlindungan kebebasan berpolitik. Pada masa akan datang sehingga Pilihan Raya Umum ke-14, isu kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan demokrasi pasti akan menjadi tumpuan perbincangan. Pada tahun ini, SUHAKAM dan Yayasan Kofi Annan telah mengadakan satu persidangan serantau “Demokrasi di Asia Tenggara” dengan membawa beberapa mantan pemimpin dari seluruh dunia untuk membincangkan pembaharuan integriti pilihan raya dan keadaan demokrasi di rantau ini. SUHAKAM menyedari bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi ke arah kebebasan institusi pemerintahan. Pendakwaan jenayah terhadap aktivis, ahli politik dan juga wartawan yang mengkritik Kerajaan semakin membimbangkan dan ini mewujudkan persepsi orang ramai dan antarabangsa sebagai gangguan dan pendakwaan bermotifkan politik. SUHAKAM memberikan perhatian yang sama rata dan tidak berbelah bahagi terhadap semua dakwaan pelanggaran hak asasi manusia. Secara khususnya, SUHAKAM amat bimbang apabila kanak-kanak tanpa warganegara dan bukan warganegara tidak dibenarkan menerima pendidikan di sekolah awam atas alasan perundangan. Kami berpandangan bahawa penafian hak dalam pendidikan mungkin merupakan satu daripada bentuk diskriminasi yang paling buruk kerana hal ini menghalang hak kanak-kanak untuk mendapat akses kepada pendidikan berkualiti yang sama dengan kanak-kanak lain dalam mengembangkan potensi mereka sepenuhnya. Turut menjadi kebimbangan ialah perkahwinan kanak-kanak yang kekal diakui sah di sisi undang-undang walaupun hubungan seks dengan mana-mana wanita di bawah usia 16 tahun dan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak merupakan satu jenayah yang boleh didakwa. Kelemahan perundangan sebegini membolehkan perkahwinan dipergunakan bagi membebaskan diri daripada liabiliti jenayah, dakwaan rogol dan menyelesaikan isu-isu seks sebelum berumah tangga atau stigma L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017 ix ULASAN PENGERUSI Asli/Asal yang telah diputuskan pada tahun 2012 masih tiada perkembangan.

Выберите целевой абзац3