kemampuan peguam-peguam Syariah dan penerimaan hakim-hakim
Mahkamah Syariah terhadap konsep yang membenarkan orang luar
seperti SUHAKAM diizinkan untuk memberi pandangan dalam kes yang
dibicarakan di Mahkamah Syariah.
10.
PEMBUBARAN PERKAHWINAN - PERTUKARAN AGAMA
Akta Memperbaharui (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164)
mentadbir perkahwinan dan perceraian pasangan bukan Muslim selepas
1 Mac 1982. Bagi perkahwinan pasangan Muslim, mereka ditadbir oleh
undang-undang Islam negeri masing-masing. Walau bagaimanapun,
perbezaan ini tidak menghalang potensi berlakunya pertikaian, khususnya
apabila melibatkan pertukaran agama.
Setiap pertikaian mempunyai tahap keseriusan tersendiri dan memberikan
kesan kepada hak kanak-kanak, wanita dan juga institusi kekeluargaan.
Antara isu yang tidak dapat diselesaikan termasuklah isu penukaran agama
kanak-kanak, pewarisan harta serta konflik bidang kuasa antara Mahkamah
Syariah dan Mahkamah Sivil. SUHAKAM mengalu-alukan pengenalan
Seksyen 88A5 dan 6 pindaan seksyen Rang Undang-undang 164, yang
dibentangkan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri pada 21 November 2016. Namun, rang undang-undang
tersebut telah diluluskan oleh Parlimen pada 9 Ogos 2017 tanpa Seksyen
88A, yang dipercayai mampu untuk menyelesaikan isu penukaran agama
kanak-kanak, disebabkan kerajaan telah menarik semula seksyen berkenaan
kerana kerajaan berpandangan perkara ini melibatkan isu perlembagaan.
SUHAKAM dalam kenyataan medianya telah melahirkan rasa kesal
dan kecewa terhadap keputusan penarikbalikan peruntukan dalam
Rang Undang-undang Memperbaharui (Perkahwinan dan Perceraian)
(Pindaan) 2017. Hal ini kerana undang-undang tersebut boleh menjadi
satu penyelesaian yang efektif terhadap penukaran agama kanakkanak secara sebelah pihak oleh ibu atau bapa. Sehubungan itu,
5
Seksyen berkenaan memperkenalkan bahawa agama bagi kanak-kanak dalam perkahwinan
hendaklah kekal sebagaimana agama pihak-pihak kepada perkahwinan sebelum penukaran
agama, kecuali apabila kedua-dua pihak kepada perkahwinan bersetuju kepada penukaran
agama kanak-kanak kepada agama Islam, tertakluk sentiasa kepada keinginan kanak-kanak
setelah dia mencapai usia lapan belas tahun.
34
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017