iii. Peralihan Harus diambil maklum bahawa konsep “peralihan” yang diperkenalkan oleh cadangan Rang Undang-undang ini adalah berbeza dengan pengertian restrospektif. Oleh yang demikian, mana-mana orang yang perbicaraannya telah selesai dan telah dijatuhkan hukuman adalah tidak layak kepada perbicaraan semula serta untuk mengguna pakai akta yang dipinda. SUHAKAM berpendapat bahawa sebarang pindaan hendaklah mencerminkan semangat pindaan yang dibuat, yang mana dalam hal ini adalah untuk mengecualikan kategorikategori pesalah tertentu. Oleh itu, kemasukan klausa retrospektif akan memberikan makna kepada niat dan semangat kepada pindaan itu. Dalam masa yang sama, SUHAKAM menggesa supaya satu moratorium kepada penggunaan hukuman mati dilaksanakan. SUHAKAM juga berharap agar kerajaan akan secara progresif mengkaji semula kerelevanan dan keberkesanan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan lain. Dalam perkembangan lain, SUHAKAM telah menyatakan keinginannya untuk mengambil bahagian dalam Projek Pemansuhan Hukuman Mati (ADPP) oleh Forum Asia Pasifik (APF) yang telah sempurna dihantar pada bulan Mei 2017. SUHAKAM telah dipilih dan telah menerima dana daripada pihak APF untuk menganjurkan aktiviti berkaitan. Sebagai sebahagian daripada projek tersebut, satu Kertas Cadangan akan diserahkan ke Parlimen, yang mana merangkumi hasil dapatan daripada aktiviti dan cadangan yang berkaitan dengan isu hukuman mati. Ketika laporan ini ditulis, SUHAKAM telah melaksanakan beberapa pertemuan kerja dengan pihak berkepentingan yang relevan dan mengadakan bengkel bersamasama dengan pelajar di Universiti Selangor dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Projek ini dijadualkan selesai pada penghujung bulan Mei 2018. 8. 30 AKSES KEPADA MAKLUMAT DI MALAYSIA Dalam membentuk sebuah masyarakat yang telus dan terbuka, adalah amat penting supaya maklumat dapat diakses secara bebas. Ketika kerajaan mempunyai keperluan untuk melindungi maklumat tertentu yang berkaitan dengan keselamatan negara, perkara itu tidak harus L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017

Выберите целевой абзац3