ini tidak dimasukkan ke dalam pusat tahanan imigresen. Selain itu, usaha kerajaan bekerjasama dengan UNHCR bagi memastikan kad UNHCR mempunyai langkah-langkah keselamatan yang lebih baik bagi mengelakkan pemalsuan merupakan satu langkah tepat dalam melindungi status kumpulan rentan ini. Walau bagaimanapun, SUHAKAM ingin menekankan bahawa usaha kerajaan untuk memastikan kumpulan rentan ini diberikan hak asas mereka bagi mendapatkan pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan perumahan masih belum mencukupi. SUHAKAM seterusnya mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih holistik bagi memastikan kumpulan rentan ini diberikan semua hak asas tersebut. 7. ANTI HUKUMAN MATI Di Malaysia, hukuman mati masih dilaksanakan dalam sistem keadilan jenayah. Undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya 1952, Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api 1971, Akta Penculikan 1961, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Akta Perdagangan Strategik 2010 menetapkan pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai jenis kesalahan, sama ada hukuman mati mandatori atau menurut budi bicara hakim. Walau bagaimanapun, pada tahun 2012, terdapat satu gerakan daripada kerajaan untuk meneroka kemungkinan untuk pemansuhan hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan SUHAKAM amat menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh mantan de facto Menteri Undang-undang, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkenaan perkara itu. Seiring dengan pengumuman tersebut, SUHAKAM mengambil maklum bahawa kerajaan telah mula menjalankan penyelidikan menyeluruh tentang isuisu hukuman mati di Malaysia dan seterusnya mencadangkan pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952. Selaras dengan perkembangan ini, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan di Parlimen ketika Persidangan Parlimen pada bulan Mac 2017 bahawa kajian tersebut telah selesai dan telah diluluskan oleh Kabinet. Sehubungan itu, ia telah dipersetujui bahawa Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dipinda dan dimasukkan peruntukan tambahan untuk memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah dalam memutuskan hukuman lain berdasarkan syarat-syarat tertentu bagi kesalahan pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta tersebut. Rang Undang- 28 L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017

Выберите целевой абзац3