untuk menilai dan dinilai berasaskan piawaian sejagat.
SUHAKAM akan
terus membincangkan dan mengkaji kebolehlaksanaan penyertaannya.
Kerajaan memberikan justifikasi bahawa kajian kebolehlaksanaan sedang
dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara, walaubagaimanapun bukti
perkembangan kurang dapat dilihat, termasuk hasil ataupun penemuan
kajian yang dijalankan sejak bertahun-tahun. SUHAKAM maklum bahawa
dalam keseluruhan jawapan Kerajaan isu penyertaan triti antarabangsa,
Kerajaan sentiasa mengambil pendirian bahawa sebelum ratifikasi dilakukan,
triti antarabangsa perlulah bersesuaian dengan undang-undang negara.
SUHAKAM percaya bahawa pandangan ini sendiri tidak berasas kerana tidak
dinafikan Kerajaan telah melaksanakan banyak perubahan positif dan inisiatif
terhadap isu-isu yang berkaitan dengan unsur-unsur yang terangkum dan
diperincikan dalam triti antarabangsa seperti ‘kesedaran progresif’ tentang
hak-hak warganya.
Rentetan daripada aduan dan ketidakpuasan hati orang ramai terhadap
ketiadaan tindakan polis dan bagaimana pada zaman ini seseorang boleh
hilang tanpa diketahui keberadaannya, SUHAKAM telah mengambil keputusan
untuk menjalankan siasatan awam terhadap kes dakwaan kehilangan paksa
beberapa individu dan siasatan awam ini masih lagi berjalan. Saya juga tidak
tahu berhubung keyakinan orang ramai yang semakin hilang terhadap polis
dalam hal ini.
SUHAKAM terus menyokong Kerajaan dalam usahanya untuk mengukuhkan
lagi tindakan menentang pemerdagangan manusia. SUHAKAM keliru dengan
keputusan Jabatan Negara Amerika Syarikat menaik taraf Malaysia kepada
kedudukan Tier 2, sedangkan dapatan Laporan Pemerdagangan Orang pada
tahun 2017 memutuskan bahawa, “Kerajaan Malaysia tidak mematuhi standard
minimum untuk membanteras pemerdagangan sepenuhnya” walaupun
mengakui bahawa “Kerajaan menunjukkan peningkatan usaha berbanding
tempoh laporan sebelumnya”. Persoalan tentang Wang Kelian masih kekal;
pihak polis masih belum dapat membawa si pelaku ke muka pengadilan dan
dakwaan penglibatan anggota berpakaian seragam dalam pemerdagangan
manusia masih berleluasa. Walaupun negara mempunyai undang-undang
untuk menghukum perhambaan zaman moden, SUHAKAM tidak mempunyai
L A POR A N T A H U N A N S U H A K A M 2017
xi
ULASAN PENGERUSI
luar negara, adalah penting bagi Malaysia menunjukkan kesediaannya