terhadap remaja hamil. SUHAKAM kini lebih tegas dalam pendiriannya bahawa
perkahwinan sebelum umur 18 tahun merupakan satu pencabulan hak asasi
manusia yang memberi kesan kepada kehidupan kanak-kanak, terutamanya
kanak-kanak perempuan. SUHAKAM berpegang pada pendirian bahawa
perkahwinan adalah sesuatu yang suci, ia juga adalah satu tanggungjawab
keagamaan yang memerlukan kemampuan, kematangan rohaniah dan
kesediaan suami dan isteri untuk memikul tanggungjawab, dan tanggungjawab
sebegini tidak boleh diharapkan daripada kanak-kanak. Saya ingin mengambil
peluang ini untuk menekankan bahawa amalan perkahwinan kanak-kanak
adalah bertentangan dengan komitmen Malaysia dalam Matlamat kelima,
Matlamat Pembangunan Lestari.
Tahun ini, SUHAKAM turut melibatkan beberapa pemimpin agama dalam
menangani situasi sebegini dan isu-isu hak asasi yang lain. SUHAKAM mengakui
ketegangan antara hak asasi manusia dan agama memerlukan pelarasan
perbezaan pandangan melalui pertukaran pendapat tentang isu keagamaan
secara bijaksana kerana hal ini mempengaruhi kepercayaan dan sikap manusia.
SUHAKAM dengan bangga menyatakan bahawa pada tahun ini, kajian kami
tentang isu-isu hak asasi manusia kontemporari telah dijadikan sebahagian
daripada Khutbah Jumaat (Khutbah Agama Islam). Saya gembira menyatakan
bahawa melalui interaksi dengan Mufti-Mufti dan badan keagamaan, usaha
untuk memansuhkan hukuman mati juga semakin mendapat perhatian.
Kami berharap agar usaha kedua-dua pihak pada masa yang sama akan
meningkatkan usaha untuk menghapuskan hukuman mati. Saya ingin
mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz atas Kokus
Parlimen yang Hak Asasi Manusia yang baru ditubuhkan. Dalam analisis terakhir
hak asasi manusia, hukuman mati adalah tidak konsisten dengan prinsip hak
asasi manusia dan tiada tempat untuknya dalam sistem perundangan moden.
Saya menekankan bahawa pemansuhan ini merupakan tugas utama SUHAKAM
dalam usahanya untuk mempromosi dan meningkatkan penghormatan
terhadap hak asasi manusia di Malaysia.
Saya juga berharap agar Kokus Parlimen akan memberikan perhatian
dalam menangani isu keengganan berterusan pihak Kerajaan menyertai triti
antarabangsa hak asasi manusia yang lain. Sebagai negara yang sentiasa
menekankan penghormatan terhadap hak asasi manusia dalam dasar
x
L APO R A N TA H UN A N SUH A KA M 2 017