MESEJ PENGERUSI
Antara perubahan positif tersebut adalah kemasukan ‘gender’ dalam Perlembagaaan Persekutuan
sebagai salah satu asas larangan terhadap diskriminasi; menambahbaik keadaan pust tahanan dan
lokap polis; ratifikasi Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD); enakmen Akta AntiPemerdagangan Orang 2007; penarikan balik reservasi kepada Perkara 1, 13 dan 15 Konvensyen
mengenai Hak Kana-Kanak (CRC) dan Perkara 5(a), 7(b) dan 16(2) Konvensyen mengenai Penghapusan
Segala Bentuk Diskriminasi ke atas Wanita (CEDAW); beberapa penambahbaikan perumahan awam
dan akses kepada penjagaan kesihatan; dan mewajibkan pendidikan rendah.
Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan ke arah penerimaan dan aplikasi standard
hak asasi manusia antarabangsa. Suruhanjaya juga terus mendesak Kerajaan supaya meratifikasikan
enam triti teras hak asasi manusia yang masih belum diratifikasi; walaupun usaha-usaha telah dibuat
oleh Suruhanjaya dan kumpulan hak asasi manusia yang lain.
Seawal 2001, Suruhanjaya telah mengesyorkan kepada Kerajaan untuk membangunkan Pelan
Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP), menurut Deklarasi Vienna dan Program Tindakan yang
diterimapakai di Persidangan Dunia mengenai Hak Asasi Manusia pada 1993. Sejak kebelakangan
ini, Suruhanjaya berusaha menyakinkan Kerajaan akan manfaat NHRAP dalam mempromosi dan
melindungi hak asasi manusia. Antaranya, Suruhanjaya telah merangka kertas cadangan NHRAP
dan membentangkannya kepada Kerajaan untuk pertimbangan.
Saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa Kerajaan telah memberikan maklum balas positif
kepada idea ini dan telah melantik agensi fokal Kerajaan yang bertanggungjawab menyedia dan
membangunkan NHRAP tersebut, dengan kerjasama Suruhanjaya. Memandangkan proses ini turut
melibatkan konsultasi dengan agensi Kerajaan yang berkaitan, badan bukan Kerajaan (NGO) dan
masyarakat awam, saya berharap kepada semua yang mempercayai dan menghargai hak asasi
manusia akan tampil ke hadapan untuk memastikan NHRAP menjadi kenyataan dan berjaya, bagi
membolehkan Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara yang telah mewujudkan NHRAP.
Bagaimanapun, sebarang undang-undang, polisi atau syor mengenai perlindungan manusia akan
bergerak perlahan dan tidak bermakna sekiranya pemikiran, persepsi dan pendekatan masyarakat
tidak berubah. Oleh itu, salah satu fungsi Suruhanjaya adalah menyokong hak manusia dengan
mempromosikan kesedaran hak asasi manusia melalui kajian; dan menganjurkan persidangan, seminar
dan bengkel dengan tujuan menyebar dan memupuk nilai-nilai hak asasi manusia ke seluruh negara.
Aktiviti-aktiviti ini termasuk menyediakan latihan mengenai aspek hak asasi manusia secara khusus
dan umum, kepada pelbagai sektor masyarakat seperti penggubal undang-undang, kehakiman,
pegawai penguatkuasa undang-undang, NGO serta pentadbiran sekolah, guru dan pelajar, termasuk
mereka di peringkat pendidikan tinggi.
2