PERUTUSAN PENGERUSI Ini ialah kerana tanggungjawab mempromosi, menghormati dan memajukan hak asasi manusia bukan hanya tergalas di bahu Suruhanjaya dan Kerajaan atau CSO, tetapi terletak pada semua rakyat Malaysia yang menghargai kebebasan dan hak untuk hidup aman Saya dan anggota Suruhanjaya penuh harapan dan kepercayaan sesama masyarakat. tanggungjawab dan komitmen tidak berbelah bagi untuk mendukung dan mempromosi hak asasi manusia. Ini boleh dicapai melalui anjakan paradigma – bermula dengan anggapan UDHR merupakan imposisi nilai-nilai asing yang berpacukan dorongan luaran, seperti yang sering didakwa, dan menerima prinsip-prinsip sejagat yang perlu dicapai mengikut keupayaan negara. Ianya penting kerana prinsip-prinsip ini telah diterima oleh semua Negara-Anggota PBB dan, dalam dunia global dan saling berhubung-kait, sesebuah negara tidak mampu wujud berasingan. Saya benar-benar percaya bahawa Malaysia boleh mencapai standard hak asasi manusia yang lebih tinggi dan menjadi sebuah negara model yang akan dicontohi oleh negara-negara lain. Suruhanjaya akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi mandat dan mengharapkan sokongan dan kefahaman yang lebih daripada semua rakyat Malaysia sebagai pihak yang paling berkepentingan dalam bidang hak asasi manusia. bahawa lambat laun, Malaysia akan menyertai sepenuhnya prinsipprinsip dan nilai hak asasi manusia sejagat apabila rakyatnya lebih menghargai dan memahami prinsipprinsip dan nilai ini, supaya sebagai sebuah negara, kita boleh berdiri sama tinggi dan berbangga berada di kalangan negara-negara yang mempunyai standard hak asasi manusia yang sempurna. Sehingga hasrat ini tercapai, diharapkan Malaysia akan terus belajar dan mencontohi amalan terbaik negara lain, terutamanya negara yang berkongsi budaya dan tradisi sosial yang sama seperti kita. Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan Pesuruhjaya atas semangat setiakawan, sokongan padu, galakan dan sumbangan tak berbelah bagi daripada mereka dari segi idea, pengalaman dan kepakaran, yang telah meringankan beban saya sebagai Pengerusi Suruhanjaya. Saya berterima kasih terutamanya kepada Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Naib Pengerusi, atas nasihatnya dan terutama sekali, kepimpinannya dalam mengemudi kerja-kerja menyedia dan menyiapkan Laporan Tahunan ini mengikut jadual yang ditetapkan, dengan sokongan anggota Suruhanjaya, pegawai dan kakitangan. Dengan penyerahan Laporan Tahunan ini ke Parlimen, saya sekali lagi menyeru semua rakyat Malaysia dan mempelawa mereka menyahut cabaran bagi menjadikan negara ini sebuah negara yang menghormati dan menegakkan sepenuhnya hak asasi rakyatnya tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan. Ini ialah kerana tanggungjawab mempromosi, menghormati dan memajukan hak asasi manusia bukan hanya tergalas di bahu Suruhanjaya dan Kerajaan atau CSO, tetapi terletak pada semua rakyat Malaysia yang menghargai kebebasan dan hak untuk hidup aman sesama masyarakat. TAN SRI HASMY AGAM Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 6

Выберите целевой абзац3