ULASAN PENGERUSI P elanggaran hak asasi manusia berpunca daripada kegagalan tadbir urus, kebangkitan autoritarianisme, kekalutan yang disebabkan oleh perebutan kuasa, kekejaman yang disebabkan oleh keganasan dan ekstremisme, dan fenomena penyeludupan manusia atau perhambaan moden. Bencana di Syria telah menyebabkan malapetaka dan di Aleppo, pelanggaran hak asasi manusia telah mencapai satu tahap yang lebih serius. Bagi kes di Palestin, kegagalan politik semasa dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menyebabkan proses ketiadaan status kewarganegaraan bagi rakyat negara tersebut. Ketiadaan status kewarganegaraan melanggar hak rakyat untuk kewarganegaraan, dan “kewarganegaraan adalah hak asasi manusia kerana ia adalah tidak kurang daripada hak untuk mempunyai hak.” Di Asia Tenggara, masyarakat Rohingya sedang ditindas dan dirampas hak-hak mereka. Mereka terpaksa melarikan diri daripada tanah air mereka dan kehilangan status dan hak sebagai masyarakat manusia, bergelandangan di beberapa bahagian di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Singapura, dan Thailand. 2016 merupakan tahun yang sukar bagi mempromosi dan melindungi kebebasan awam dan kebebasan hak asasi di Malaysia, dan ini telah menambahkan lagi tanggungjawab Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (dirujuk selepas ini sebagai “Suruhanjaya” atau “SUHAKAM”) dalam mempromosi dan melindungi 1 U.S. Supreme Court Chief Justice Earl Warren, penghakiman minoriti, Perez v. Brownell (1958) LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 1 suhakam BM.indd 1 4/21/17 12:07 PM

Выберите целевой абзац3