ULASAN PENGERUSI
mengenai keadaan hak asasi manusia di negara ini dan apa-apa isu lain
yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Sebagai balasan, Parlimen akan
menerima, menyemak, dan memberi maklum balas kepada laporan NHRI dan
memastikan yang mereka membahas isu-isu utama dan laporan penting NHRI
dengan segera.
Hubungan antara tadbir urus demokrasi yang kukuh dan sikap hormat terhadap
hak asasi manusia sejagat adalah jelas. Tahun-tahun kebelakangan ini telah
menyaksikan peningkatan konsensus antarabangsa berkenaan kepentingan
peranan Parlimen dalam mempromosi, melindungi, dan merealisasi hak asasi
manusia. Sebagai salah satu institusi utama sesebuah negara, Parlimen juga
bertanggungjawab untuk melindungi dan memenuhi hak asasi manusia dan
melaksanakan tanggungjawab negara, bersama-sama dengan cabang
Eksekutif dan Kehakiman Kerajaan. Bagi tujuan ini, SUHAKAM telah mula
bekerjasama dengan Parlimen untuk memaksimumkan perlindungan hak
asasi bagi setiap individu di negara ini. Lewat tahun ini, SUHAKAM telah
mengemukakan pemerhatiannya yang terperinci ke atas perhimpunan aman
19 November kepada Speaker Dewan Parlimen. Menurut Prinsip Belgrade,
Parlimen perlu mengadakan perbincangan terbuka mengenai syor yang
diberikan oleh NHRI dan harus mendapatkan maklumat daripada pihak
berkuasa awam yang berkaitan tentang sejauh mana pihak berkuasa tersebut
telah mempertimbang dan memberi maklum balas terhadap syor NHRI.
Walau bagaimanapun, ini merupakan tahun ke-16 berturut-turut di mana
Laporan Tahunan SUHAKAM tidak dibahaskan oleh Parlimen. Harus ditekankan
bahawa apa yang tidak tercapai oleh SUHAKAM dari segi perlindungan hak
asasi rakyat haruslah diangkat pula oleh Parlimen.
Perlu diambil maklum bahawa Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam
Laporan Pemerdagangan Orang 2016 telah mengenal pasti Malaysia sebagai
sebuah negara destinasi dan, pada tahap yang lebih rendah, negara sumber
dan transit bagi lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang menjadi buruh paksa;
serta wanita dan sebilangan kecil kanak-kanak yang menjadi mangsa
pemerdagangan seks. Kebanyakan mangsa pemerdagangan adalah di
kalangan kira-kira dua juta orang buruh asing yang berdaftar dan lebih dari
dua juta orang buruh asing yang tidak berdaftar di negara ini. Penemuan
kem migran dan kubur besar di sempadan Malaysia-Thailand tahun lepas
telah membawa kepada laporan bahawa beberapa pegawai turut
bersubahat dalam memudahkan lagi penyeludupan migran, yang mungkin
juga melibatkan jenayah pemerdagangan manusia. Kerajaan menegaskan
bahawa usaha untuk menghentikan pemerdagangan dan meningkatkan
pengawasan telah dijalankan tetapi kadar pendakwaan pesalah masih tidak
meyakinkan berbanding dengan negara jiran kita seperti Thailand. Pihak
berkuasa perlu menerima keseriusan isu ini kerana pemerdagangan berlaku
10 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 10
4/21/17 12:07 PM