ULASAN PENGERUSI bertujuan untuk menghina tahanan. Terdapat kes di mana individu yang memilih untuk melaksanakan hak untuk berhimpun secara aman telah ditahan di bawah Akta tersebut. Malah, seakan-akan terdapat suatu trend untuk melemahkan sebarang percubaan serius untuk mengkaji kepatuhan undangundang antikeganasan ini kepada hak asasi manusia. Terus terang dikatakan, takrifan yang luas bagi “kesalahan keselamatan” di bawah Akta tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa bidang kuasanya melampaui kesalahan keganasan. SUHAKAM mengimbas kembali Kertas Putih yang bertajuk “Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State” yang menzahirkan kebimbangan Kerajaan terhadap ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan Islamic State (IS), dan mengaitkannya dengan cadangan untuk mengukuhkan SOSMA bagi mengatasi ancaman ini dengan berkesan. Semasa Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Menentang Esktremisme Ganas pada bulan Januari tahun ini, Kerajaan menekankan sekali lagi bahawa ancaman serangan pengganas adalah benar dan merupakan sebab Kerajaan meluluskan SOSMA, Akta Langkah-langkah Menangani Keganasan Luar Negara (SMATA) 2015, Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016; untuk memastikan pihak Polis mempunyai kuasa yang perlu ada pada mereka. Namun, mengimbangi antara keselamatan negara dan hak asasi manusia adalah penting bukan sahaja demi kejayaan strategi Malaysia untuk memerangi keganasan tetapi juga demi mengekalkan keunggulan demokrasi negara kita. Malaysia perlu memastikan bahawa langkah-langkah yang diambil untuk memerangi keganasan mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa, khususnya hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan. SUHAKAM bukan mencadangkan bahawa kita harus mengelak daripada meluluskan undang-undang pencegahan keganasan kerana bimbang berlaku pelanggaran hak asasi manusia. Tetapi undang-undang antikeganasan harus mengandungi perlindungan daripada penyalahgunaan atau ketidaksahan. Adalah penting apabila kuasa luar biasa, yang berpotensi untuk melanggar hak asasi manusia, diperkenalkan oleh Kerajaan bahawa kuasa ini tertakluk kepada semakan sebenar, segera, dan menyeluruh oleh badan kehakiman yang bebas. Sebagai sebuah institusi hak asasi manusia nasional (NHRI) yang bertauliah penuh dengan “status A”, SUHAKAM telah meneruskan penglibatannya dengan Parlimen di pelbagai peringkat pada tahun ini. Prinsip-prinsip Belgrade tentang Hubungan Di Antara Institusi Hak Asasi Manusia Nasional Dan Parlimen (Prinsip Belgrade) menekankan bahawa NHRI harus melapor terus kepada Parlimen. Lebih tepat lagi, NHRI perlu mengemukakan kepada Parlimen laporan tahunan mengenai aktivitinya, berserta ringkasan akaun, dan juga laporan LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 9 suhakam BM.indd 9 4/21/17 12:07 PM

Выберите целевой абзац3