ULASAN PENGERUSI
Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil Dan Politik (ICCPR) 1976; Kovenan
Mengenai Hak Ekonomi, Sosial, Dan Kebudayaan (ICESCR) 1976; Konvensyen
Menentang Penyeksaan Dan Layanan Atau Hukuman Lain Yang Zalim, Tidak
Berperikemanusiaan, Atau Menjatuhkan Maruah (CAT) 1987; Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Perlindungan Hak Asasi Semua Pekerja Migran Dan
Ahli Keluarga Mereka (ICMW) 2003; dan Konvensyen Antarabangsa Untuk
Perlindungan Semua Orang Dari Kehilangan Yang Dipaksa (ICPED) 2010.
SUHAKAM telah dimaklumkan bahawa terdapat semakan undang-undang yang
sedang berjalan di negara ini untuk memastikan ianya selaras dengan triti hak
asasi manusia antarabangsa. Walau bagaimanapun, SUHAKAM berpandangan
bahawa proses ini tidak komprehensif mahupun sistematik. Pertama, semakan
ini tidak mengambil kira sepenuhnya kewajipan antarabangsa Malaysia
mengenai hak asasi manusia. Seterusnya, tiada penglibatan yang jelas oleh
Parlimen atau SUHAKAM dalam proses semakan. SUHAKAM berpendapat
bahawa Parlimen tidak perlu menunggu dengan pasif bagi Jabatan Peguam
Negara atau Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk mengambil inisiatif dalam
menentukan sama ada Malaysia perlu menyertai sesuatu triti hak asasi manusia
atau tidak. Parlimen sebenarnya boleh membantu untuk membawa agenda
ini ke hadapan. Dalam hal ini, SUHAKAM mencadangkan supaya Parlimen
menubuhkan Jawatankuasa yang boleh meneliti status baki triti yang belum
disertai Malaysia, dan Parlimen juga harus terlibat secara lebih rasmi dalam
kajian sistematik undang-undang domestik untuk memastikan ianya selaras
dengan instrumen hak asasi manusia antarabangsa.
Dalam perjuangan berterusan menentang keganasan, SUHAKAM mendapati
bahawa Kerajaan menghadapi cabaran dalam mengekalkan hak asasi
manusia dalam konteks memerangi keganasan. Begitu juga, cabaran bagi
rakyat biasa adalah berbagai-bagai. Kebimbangan masyarakat awam
semakin menular berkenaan kesan sebenar undang-undang, dasar, atau
langkah anti keganasan terhadap hak dan kebebasan awam bagi semua
orang. SUHAKAM berpandangan bahawa cabaran yang dihadapi oleh
Kerajaan ialah bagaimana untuk memberi tindak balas berkesan terhadap
ancaman pengganas yang mungkin berlaku, tanpa mengetepikan prinsipprinsip hak asasi manusia yang merupakan lambang masyarakat demokrasi
dan termaktub dengan jelasnya di dalam Perlembagaan kita.
Apabila Malaysia meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (SOSMA), telah dijamin bahawa ia akan digunakan hanya apabila
terdapat ancaman yang pasti terhadap negara kita daripada pengganas.
Dalam tempoh yang pendek sejak ia diluluskan, SOSMA telah digunakan bagi
tujuan lain dari antikeganasan, dan SUHAKAM telah mencatatkan aduan
daripada tahanan yang mendakwa terjadinya penderaan semasa tahanan
28 hari mereka, contohnya temu duga yang dijalankan dalam keadaan yang
8 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 8
4/21/17 12:07 PM