viii
LAPORAN TAHUNAN 2019
PERUTUSAN PENGERUSI
Tahun 2019 merupakan tahun istimewa buat SUHAKAM yang
menyambut ulang tahun ke-20 pada 9 September. Buat julung
kalinya juga, Laporan Tahunan SUHAKAM dibahaskan di Parlimen
menjadikan ia sebagai satu penanda aras yang penting
buat SUHAKAM.
Dewasa ini, jelas kelihatan kepekaan dan kesedaran masyarakat
berkenaan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang
berada pada tahap yang tinggi jika dibandingkan dengan tahuntahun sebelumnya. Perbincangan mengenai undang-undang
hak asasi manusia, dasar, kelaziman dan amalan kini dilakukan
secara terbuka dan telus dalam setiap peringkat masyarakat. Ini
merupakan suatu perkembangan yang amat menggalakan. Sebelum
ini, perbincangan berkaitan hak asasi manusia sukar dilakukan
dan hanya boleh berlaku dengan kerjasama antara kerajaan dan
masyarakat sivil.
Sungguhpun begitu, tahun 2019 juga menyaksikan beberapa ahli
politik
mengeluarkan
kenyataan
berbaur perkauman, isu penahanan
kanak-kanak, moratorium terhadap
Sejak
hukuman mati mandatori sahaja,
penubuhannya
serbuan
terhadap
pengikut
pada tahun 1999,
syiah, kegagalan pihak berkuasa
SUHAKAM secara
mempertahankan
hak
untuk
berhimpun dan kebebasan bersuara
konsisten mengulangi
(memberikan pendapat), termasuk
seruannya agar
peningkatan
retorik
perkauman
laporan tahunannya
dalam media.
dibahaskan
“
Rakyat Malaysia menaruh harapan
yang tinggi terhadap kerajaan untuk
membangunkan hak asasi manusia
di negara ini selepas lebih setahun
pentadbiran. Meskipun ramai yang
tidak sabar menantikan perubahan,
namun secara realitinya apa jua
di Parlimen. Ia
mengambil masa
selama 20 tahun
dan perubahan
kerajaan untuk hal ini
direalisasikan
”