xxii LAPORAN TAHUNAN 2019 menumpukan kepada jenayah yang dilakukan oleh pemerdagang manusia terhadap pelarian Rohingya di laut dan kem pemerdagangan manusia di Malaysia dan Thailand. Mangsa yang terselamat daripada kekejaman ini di Malaysia berhak mendapat perlindungan di bawah undang-undang Malaysia sebagai mangsa pemerdagangan. Justeru, adalah penting untuk mengetahui sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja Wang Kelian, yang ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri, dapat mengenal pasti pelaku dan keadilan akan dilaksanakan dengan sewajarnya. SUHAKAM terus menjalankan sesi rundingan untuk mendapatkan pandangan seterusnya mengemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia, khususnya mengenai isu perlindungan pencari kerja terhadap diskriminasi, yang digugurkan daripada cadangan pindaan Akta Pekerjaan (EA). SUHAKAM melalui kenyataan medianya menyatakan bahawa menghapuskan perlindungan pencari kerja daripada pindaan EA akan menyebabkan amalan diskriminasi pra-pekerjaan berlaku. SUHAKAM mengesyorkan bahawa larangan mengenai diskriminasi di bawah Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan harus dipertahankan. Selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), YB Datuk Liew Vui Keong mengumumkan bahawa Kabinet memutuskan agar semua perkara berkaitan hak asasi manusia, termasuk pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR), diletakkan di bawah portfolionya, SUHAKAM telah memberikan syor dan input mengenai permulaan dan pembangunan NAPBHR untuk Malaysia. SUHAKAM menegaskan pendiriannya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan mengesyorkan agar agenda untuk memperbaharui undang-undang dan penguatkuasaan untuk mengawal kebencian, mengikut piawaian hak asasi manusia antarabangsa dilaksanakan. Ini akan memastikan rasa hormat dan perlindungan kepada hak untuk kebebasan bersuara seperti yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. SUHAKAM menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama dalam pengenalan Rahmatan lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah, yang kedua-duanya menekankan prinsip global mengenai promosi dan melindungi hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, SUHAKAM

Выберите целевой абзац3