xvi LAPORAN TAHUNAN 2019 RINGKASAN EKSEKUTIF Tahun 2019 merupakan tahun yang amat penting selari dengan ulang tahun penubuhan SUHAKAM yang ke-20. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah melangkah jauh sejak Parlimen meluluskan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) pada 9 September 1999. Pencapaian utama tahun ini dan sebagai hadiah ulang tahun ke-20 SUHAKAM adalah perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2018 pada 5 Disember. Ahli parlimen, sebagai wakil rakyat bagi kawasan masing-masing bertanggungjawab untuk mengiktiraf dan mengambil maklum isu hak asasi manusia yang wujud, dan menggunakan kuasa yang diamanahkan untuk mencari penyelesaian yang efektif. SUHAKAM mengalu-alukan pelantikan Anggota Suruhanjaya pada pertengahan tahun ini, diketuai oleh Tan Sri Othman Hashim sebagai Pengerusi serta dibarisi lapan lagi anggota bagi tempoh 2019 hingga 2022. Pada 23 Ogos 2019 pula, Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) memfokuskan gerak kerja kepada mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Hak-hak tersebut merangkumi hak kanak-kanak orang asli, migran, pelarian, tidak berdokumen, tanpa kerakyatan dan kanak-kanak kurang upaya, yang semuanya didokong oleh Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak. Pelantikan OCC ini menjadikan jumlah keseluruhan Anggota Suruhanjaya sebanyak sembilan orang. Menyedari bahawa pendidikan adalah kaedah yang paling berkesan untuk memupuk generasi akan datang yang berperanan mempromosi dan melindungi hak asasi manusia sebagai satu prinsip, SUHAKAM berusaha untuk memperkuat kerjasama dengan Kementerian Pendidikan. SUHAKAM memberi tumpuan kepada pembangunan Modul Pendidikan Sivik dan memberi input dalam kajian semula Dasar Pendidikan Kebangsaan. SUHAKAM mengesyorkan agar Dasar Pendidikan Kebangsaan harus mengintegrasikan pendidikan hak asasi manusia sebagai satu matlamat untuk mencapai aspirasi dasar. Pada masa yang sama, Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia telah berkembang dari 222 buah

Выберите целевой абзац3