xiv
LAPORAN TAHUNAN 2019
kedudukan hak asasi manusia. SUHAKAM mengambil maklum dan
berpuas hati kerana setelah Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) Ketiga
dijalankan pada tahun 2018, Kementerian Luar Negeri telah bersetuju
untuk mengeluarkan jemputan tetap kepada Prosedur Khas untuk
tujuan ini.
Telah banyak yang dilalui SUHAKAM sejak penubuhannya dan
masih banyak yang harus dilakukan. SUHAKAM akan terus berjuang
agar kerajaan meratifikasi enam lagi instrumen hak asasi manusia
antarabangsa dan menarik balik reservasi triti yang telah disertai. Dalam
masa yang sama, SUHAKAM akan berusaha untuk memperluas kerja
promosinya di semua sektor masyarakat.
Ironinya, adalah penting untuk kita meluangkan masa untuk merenung
dan menghargai apa yang telah dicapai oleh Malaysia dalam bidang
hak asasi manusia bukan hanya dalam tempoh 20 tahun yang lalu,
tetapi sepanjang tahun 2019. Isu hak asasi manusia merupakan skop
yang luas dan memerlukan tenaga kerja yang besar, namun SUHAKAM
berbangga kerana berjaya membuka perbincangan kepada topik
yang biasanya tidak diberi fokus. Jelas kelihatan bahawa perbincangan
mengenai hak asasi manusia pada rakyat Malaysia adalah lebih
baik daripada sebelum ini. SUHAKAM telah berusaha gigih untuk
meningkatkan promosi dan perlindungan hak asasi manusia dalam
pelbagai bidang dan disiplin yang berbeza dengan pelbagai pihak.
Komitmen dan kerjasama erat dengan kerajaan dan semua pihak
berkepentingan agar dapat meningkatkan tahap hak asasi manusia
di Malaysia sentiasa menjadi keutamaan. Saya secara peribadi
mempunyai harapan masa hadapan yang tinggi agar hak asasi
manusia dapat dihormati dan diamalkan oleh semua rakyat Malaysia.
Tan Sri Othman Hashim