SUHAKAM
Forum Asia Pasifik (APF), Forum Komanwel Institusi Hak Asasi Manusia
Kebangsaan (CFNHRI) dan Forum Institusi Hak Asasi Manusia Asia
Tenggara (SEANF) merupakan jaringan serantau yang dianggotai oleh
SUHAKAM dan aktif menyertai pelbagai mesyuarat dan bengkel. Ia
bukan sahaja bertujuan melibatkan diri dengan rakan ahli jaringan
berkenaan hak asasi manusia dalam negara, bahkan ia sebagai
inisiatif untuk membina dan meningkatkan kapasiti pegawai SUHAKAM
bagi persediaan lebih baik untuk memahami dan melaksanakan
tanggungjawab dalam bidang hak asasi manusia.
Pada tahun 2019, Pakatan Global bagi Institusi Hak Asasi Manusia
Kebangsaan (GANHRI) telah memberikan perhatian khusus kepada
pelaksanaan, tindakan susulan dan penilaian semula terhadap “Global
Compact for Migration” yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan
Agung PBB pada tahun sebelumnya. Migrasi merupakan disiplin yang
pelbagai dan merentasi banyak bidang hak asasi manusia yang
diberi perhatian oleh SUHAKAM. Ia termasuklah penahanan kanakkanak, status pelarian, hak pekerja migran dan orang tidak bernegara.
Persidangan Dwitahunan APF telah membuat penilaian peranan
NHRI dalam pencegahan kebencian, xenofobia, kesaksamaan dan
tiada diskriminasi. Dengan tindakan menandatangani Memorandum
Persefahaman mengenai isu tidak bernegara di Sabah dan pekerja
migran, SUHAKAM telah mengenalpasti dan merangka pelan untuk
mendalami kerja susulan.
SUHAKAM merupakan ahli aktif dalam mekanisma Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB), oleh itu sebagai Institusi Hak Asasi Manusia
Kebangsaan berstatus ‘A’, SUHAKAM telah mengeluarkan empat
kenyataan campur tangan pada sesi ke - 40 dan ke - 41 Majlis Hak Asasi
Manusia dalam penerimaan Laporan Kumpulan Kerja UPR Malaysia
dan laporan lawatan oleh Pelapor Khas mengenai Pemerdagangan
dan Eksploitasi Seksual Kanak-kanak, Hak Kebudayaan dan Hak Asasi
Manusia kepada Air Minuman yang Selamat dan Sanitasi.
SUHAKAM turut menyerahkan laporannya kepada Pelapor Khas
mengenai Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia semasa lawatannya
ke Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada tugasan yang berkaitan dengan
advokasi, SUHAKAM sentiasa menyokong jemputan tetap kepada
Prosedur Khas ke Malaysia untuk tujuan penilaian dan penerimaan
syor bagaimana sesebuah negara boleh menambah baik rekod dan
xiii