xii
LAPORAN TAHUNAN 2019
Kesedaran dan pemahaman hak asasi manusia sebagai sesuatu
yang menyeluruh dilihat bertambah baik dalam kalangan rakyat
Malaysia. Begitu pun masih lagi terdapat perbezaan pandangan
mengenai pemansuhan hukuman mati dan ratifikasi kepada
Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman
Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah
(UNCAT) dan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi
Kaum (ICERD) yang sentiasa disokong dan terus dipertahankan oleh
SUHAKAM. SUHAKAM memberikan perhatian khusus kepada UNCAT
pada tahun 2019 dengan mengadakan Dialog Serantau dan
bekerjasama dengan kartunis tempatan sebagai sebahagian
daripada projek yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah. Walaupun
begitu, terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mendidik
rakyat Malaysia mengenai realiti hak asasi manusia dan
kerja berkaitannya.
Dalam pada itu, SUHAKAM berjaya mengorak langkah bukan sahaja
dalam negara, malah di pentas serantau dan antarabangsa. Ia boleh
dilihat menerusi inisiatif SUHAKAM menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) berkenaan orang tidak bernegara di Sabah
bersama Komisi Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (KomnasHAM)
manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHRP) bertindak
sebagai
pemerhati.
Selain
itu,
SUHAKAM
juga
menandatangani
MoU dengan Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Kebangsaan Nepal (NHRCN)
mengenai isu pekerja migran.
SUHAKAM
terus
memainkan
peranannya sebagai hos kepada
kontinjen Suruhanjaya Serantau Hak
Asasi Manusia Bangsamoro Wilayah
Autonomi Filipina, yang menyatakan
minat mereka dalam menjadikan
struktur kerja SUHAKAM sebagai
contoh. Semestinya perkembangan
ini
membanggakan
sekaligus
menunjukkan
bahawa
SUHAKAM
merupakan institusi yang dihormati di
peringkat antarabangsa serta boleh
dijadikan model untuk diteladani.
“
Suhakam
akan terus
berjuang agar
kerajaan meratifikasi
enam lagi instrumen
hak asasi manusia
antarabangsa
dan menarik balik
reservasi triti yang
telah disertai
”