SUHAKAM
perubahan tetap mengambil masa. Justeru, SUHAKAM mengalu-alukan
pindaan perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi dan
memperkenalkan sistem pendaftaran pengundi secara automatik,
begitu juga mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Bebas
Aduan Salah Laku Polis (IPCMC). Walaupun telah berdepan dengan
penangguhan dalam tempoh yang panjang, hari ini kita dapat lihat
usaha ke arah itu telah bermula di sebalik beberapa isu yang mungkin
melambatkan penubuhan IPCMC.
SUHAKAM akan terus menyokong usaha kerajaan dalam
pembaharuan dasar dan undang-undang berkaitan hak asasi
manusia dan terlibat dalam merangka dan mengkaji semula undangundang berkaitan gangguan seksual, anti diskriminasi terhadap
wanita, pekerjaan, pekerja domestik dan pemansuhan hukuman mati
mandatori. Walaupun perkembangannya agak perlahan namun
SUHAKAM amat berharap semua usaha ini dapat disegerakan.
Apa yang jelas, sepanjang tahun ini, reaksi terhadap SUHAKAM dan hak
asasi manusia telah berubah. SUHAKAM dianggap sebagai pihak yang
mempunyai reputasi dan kredibiliti dalam bidang hak asasi manusia
dalam negara dan menerima sejumlah besar memorandum dari
pelbagai organisasi masyarakat sivil dan individu tentang pelanggaran
hak asasi manusia. Peranan SUHAKAM dipandang serius dan diikuti
secara dekat oleh pihak media dan masyarakat. Tidak dapat dinafikan
bahawa sehingga kini, pelaksanaan hak asasi manusia berada pada
tahap yang rendah malah bukan dalam senarai keutamaan kerajaan.
Sungguhpun begitu, SUHAKAM menaruh keyakinan tinggi terhadap
senarai cadangan mengenai pembaharuan undang-undang yang
berkaitan hak sivil, politik dan ekonomi rakyat Malaysia serta janji
untuk pelaksanaannya.
Sejak penubuhannya pada tahun 1999, SUHAKAM secara konsisten
mengulangi seruannya agar laporan tahunannya dibahaskan
di Parlimen. Ia mengambil masa selama 20 tahun dan perubahan
kerajaan untuk hal ini direalisasikan, akhirnya Laporan Tahunan
SUHAKAM 2018 telah dibahaskan pada 5 Disember 2019 buat
pertama kalinya, menjadikan ia sebagai penanda aras terhadap
kesedaran masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui
Keong memulakan sesi dengan menyoroti kerja yang dilakukan oleh
SUHAKAM dengan perhatian khusus kepada kerjasama SUHAKAM
ix