Perutusan Pengerusi Hak Asasi Manusia dan Perniagaan untuk Malaysia, dengan sokongan kewangan daripada Pejabat Luar Negeri dan Komanwel (FCO) United Kingdom. Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya telah menerima sejumlah 717 aduan, yang mana 448 kes adalah di bawah bidang kuasanya manakala 269 lagi berada di luar bidangnya. Bilangan aduan yang diterima secara keseluruhan telah meningkat sebanyak 93 kes (15%) berbanding tahun sebelumnya. Daripada 448 aduan tersebut, Suruhanjaya telah menyelesaikan 195 kes dan sedang menyiasat 253 kes yang selebihnya. Antara isu utama yang sering timbul dalam aduan ini adalah mengenai penangkapan dan penahanan, seruan pelajar universiti untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Empangan Murum, hak pekerja, pelarian dan pencari suaka. Menyedari akan keperluan untuk melipatgandakan usahanya bagi menamatkan pencabulan hak asasi manusia, Suruhanjaya telah memulakan dua kajian tematik baru, iaitu ‘Kematian dalam Tahanan Polis’ dan ‘Hak kepada Kesihatan di Penjara’. Kajian ini dipilih berikutan aduan yang diterima oleh Suruhanjaya pada tahun-tahun sebelumnya. Kedua-dua kajian ini telah memberi peluang kepada Suruhanjaya untuk mengkaji secara mendalam isu berkaitan kematian dalam tahanan polis dan juga keadaan kesihatan di penjara Malaysia dari sudut hak asasi manusia. Laporan penuh bagi kedua-dua kajian tematik yang mengandungi penemuan penting dan syor Suruhanjaya akan diterbitkan pada tahun 2015 dan akan dikemukakan kepada pihak berkepentingan untuk tindakan yang sewajarnya. Suruhanjaya terus mengetengahkan kebimbangannya terhadap isu kanak-kanak dalam tahanan imigresen kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Hasil daripada usaha advokasi Suruhanjaya dan beberapa organisasi masyarakat sivil, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan satu Kumpulan Kerja mengenai Alternatif kepada Tahanan (ATD) untuk mengkaji dan membuat syor berdasarkan kepada pelbagai model ATD. Sebagai ahli Kumpulan Kerja ini, Suruhanjaya memainkan peranan yang aktif bagi menyokong inisiatif Kementerian dalam meneroka pelbagai model dan amalan terbaik bagi ATD. Suruhanjaya meneruskan penglibatan dengan mekanisme dan badan hak asasi manusia antarabangsa dan serantau, dengan tumpuan lebih kepada usaha meningkatkan kesedaran dan penyertaan semua pihak berkepentingan dalam proses Penilaian Penggalan Sejagat (UPR), terutamanya berkaitan penerimaan hasil proses UPR Kedua terhadap Malaysia oleh Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) pada bulan Mac. Ini dilakukan melalui satu siri sesi taklimat mengenai UPR di serata negara. Suruhanjaya mengalu-alukan pemegangan dua jawatan antarabangsa berprofil tinggi oleh negara iaitu keahlian di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan jawatan Pengerusi ASEAN. Suruhanjaya berharap untuk bekerja rapat dengan Kerajaan bagi menangani isu hak asasi manusia di kedua-dua forum serantau dan antarabangsa demi meningkatkan imej dan kredibiliti Malaysia sebagai sebuah negara yang menghormati hak asasi manusia. Tahun ini juga menyaksikan sokongan berterusan Suruhanjaya ke atas pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP) oleh Kerajaan melalui penyertaannya dalam 3

Выберите целевой абзац3