PERUTUSAN PENGERUSI TAN SRI HASMY AGAM Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Laporan ini merupakan Laporan Tahunan ke-14 yang dihasilkan oleh Suruhanjaya sejak ia mula beroperasi pada bulan April 2000 sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (NHRI) yang bebas, yang mempromosi dan melindungi hak asasi manusia semua rakyat di Malaysia. Laporan ini membentangkan rekod kerja Suruhanjaya termasuk aktiviti dan program yang telah dijalankan, penyampaian perkhidmatan dan pengurusan kewangan bagi tempoh yang berakhir 31 Disember 2014. Pada tahun ini, Suruhanjaya terus menjalankan fungsi dan kuasa utama di bawah Seksyen 4 Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597) melalui antaranya, kajian tematik; aktiviti pendidikan dan peningkatan kesedaran; advokasi mengenai penyertaan negara kepada baki triti teras hak asasi manusia dan protokol pilihan, serta penarikan balik reservasi kepada tiga triti yang telah diratifikasi atau disertai oleh negara; pemantauan pelaksanaan negara terhadap obligasi triti; siasatan mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia; dan penglibatan dengan pihak berkepentingan tempatan, serantau dan antarabangsa serta mekanisme hak asasi manusia. Ia juga meneruskan usaha yang masih berjalan berkenaan dengan hak-hak golongan rentan seperti Orang Asal, kanak-kanak dan wanita, orang kurang upaya, warga tua, pekerja migran, tahanan, pelarian dan pencari suaka. Dalam memenuhi mandatnya, Suruhanjaya turut mengemukakan pandangan dan syor tentang pelbagai isu hak asasi manusia di negara ini menerusi kenyataan media dan wawancara. Satu isu yang membimbangkan Suruhanjaya adalah peningkatan berhubung penangkapan dan pendakwaan terhadap individu di bawah Akta Hasutan 1948 oleh pihak berkuasa di Malaysia. Lantaran itu, Suruhanjaya telah menyeru kepada pemansuhan Akta ketinggalan zaman ini, yang boleh menghukum penyuaraan pendapat atau perbuatan yang dianggap mempunyai kecenderungan “menghasut”. 1

Выберите целевой абзац3