Isu-Isu Utama mereka untuk hidup, tiada-diskriminasi, hak-hak yang sama rata, akses kepada keadilan, dan penyertaan dalam kegiatan politik. OKU berhak untuk mengamalkan hak sivil, politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan secara saksama sebagaimana orang lain. (e) Orientasi Seksual dan Identiti Gender Pada tahun ini, Suruhanjaya adalah antara kelompok masyarakat yang tersentak dengan penerbitan panduan ibubapa yang menggambarkan ‘simptom-simptom’ homoseksual. Panduan ini dilapor diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd dan Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Putrajaya yang dilancarkan di satu seminar pada 12 September. Walaupun Timbalan Menteri Pelajaran merasmikan seminar itu, Kementerian Pelajaran kemudiannya menafikan telah meluluskan garis panduan mengenai ‘bagaimana untuk mengenalpasti ciri-ciri anak anak gay dan lesbian’ di sekolah. Suruhanjaya berpendapat bahawa, tanpa mengira orientasi seksual atau identiti gender, semua orang berhak kepada hak-hak dan kebebasan asasi. Suruhanjaya berpendapat bahawa kes-kes yang melibatkan kanak-kanak sekolah harus dikendalikan dengan berhati-hati dan bimbingan yang betul harus diberikan untuk memastikan rasa hormat kepada semua manusia, dan untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual. Pada bulan Oktober, empat orang transeksual Muslim berusaha untuk mencabar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 - atas alasan tiada-diskriminasi dan kebebasan bersuara - yang melarang mana-mana lelaki daripada berpakaian atau berkelakuan sebagai seorang wanita. Menurut laporan media, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Enakmen tersebut mengecualikan kebebasan asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan. Beberapa NGO mengutuk keputusan hakim, mendakwa bahawa keputusan mahkamah yang tidak memuaskan itu akan mewujudkan satu preceden yang tidak selamat, dalam menetapkan bahawa Undang-undang Islam yang digubal oleh Negeri mengatasi kebebasan asasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Walaupun Suruhanjaya mengakui sistem dwi undang-undang negara, yang terdiri daripada undang-undang sekular yang terpakai kepada semua warganegara dan Undang-undang Syariah yang terpakai kepada Orang Islam, ia khuatir bahawa penghakiman itu mungkin mempunyai satu kesan negatif kepada golongan minoriti seksual dan mendedahkan mereka kepada gangguan, diskriminasi dan ugutan yang berterusan. Suruhanjaya berharap pihak berkuasa akan bertindak adil dalam memastikan golongan ini diberikan maruah dan rasa hormat yang berhak dimiliki oleh semua manusia. (d) Pekerja Migran, Pencari Suaka dan Pelarian (i) 20 Pekerja Migran Secara umum, pekerja migran dilindungi oleh Akta Pekerja 1955. Walau bagaimanapun, Akta ini tidak meliputi pembantu rumah asing. Pada masa yang sama, tidak ada kesatuan sekerja khusus untuk pembantu rumah warga asing. Persatuan sedia ada umumnya didominasi kaum lelaki, yang telah mewujudkan satu persekitaran

Выберите целевой абзац3