Isu-Isu Utama Walaupun Suruhanjaya dalam proses menyiapkan Siasatan Awam Ke Atas Insiden Semasa dan Selepas Perhimpunan Awam pada 28 April 2012, ia secara konsisten menggesa pihak berkuasa untuk menghormati kebebasan asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan untuk meluahkan kebimbangan dan pendapat, kerana ini adalah elemen penting demokrasi seperti yang dijamin di bawah Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang termaktub dalam Artikel 20 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). 1. KEBEBASAN BERHIMPUN Dengan pemansuhan Seksyen 27, 27A dan 27B Akta Polis dan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012 pada 23 April, wujud rejim undang-undang baru yang mengawal pelaksanaan hak berhimpun secara aman. Di bawah undang-undang baru, permit polis tidak lagi diperlukan untuk mengadakan perhimpunan awam; yang dikehendaki adalah pemberitahuan kepada polis 10 hari menjelang perhimpunan. Walaupun Akta tersebut memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan syaratsyarat tertentu terhadap penganjuran sesuatu perhimpunan, ia juga meletakkan tanggungjawab kepada polis untuk memastikan pengendalian perhimpunan aman yang lancar. Pelbagai perhimpunan awam dianjurkan sepanjang tahun ini menguji keberkesanan Akta Perhimpunan Aman dan peralihan undang-undang baru ini telah menunjukkan rasa kurang selesa serta ada kalanya rasa janggal kepada pihak berkuasa dalam melaksanakannya. Satu contoh yang baik adalah perhimpunan awam yang diadakan hanya selepas lima hari Akta Perhimpunan Aman berkuatkuasa. Pihak polis dilaporkan tidak membuat sebarang usaha untuk menyelaras atau memudahkan perhimpunan awam dengan penganjur pada hari tersebut. Malah, tindakan polis dan pihak berkuasa lain pada hari tersebut tidak boleh dianggap sebagai memudahkan perhimpunan. Walau bagaimanapun, pada perhimpunan awam berikutnya, ada ketikanya tindakan dan operasi polis telah mencerminkan peralihan pemikiran. Suruhanjaya berpendapat bahawa banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh pihak polis dalam memudahkan perhimpunan, mengelolakan pergerakan orang awam dan memastikan pelaksanaan hak untuk berhimpun secara teratur dan aman. Pihak polis juga mesti menyedari bahawa akan ada ketikanya khidmat mereka diperlukan bukan sahaja untuk memudahkan perhimpunan awam, tetapi juga mengekalkan keamanan dan ketenteraman antara kelompok individu yang berlainan pendapat dalam perhimpunan yang sama. Ketika ini, peranan polis adalah sangat penting. Suruhanjaya mengimbas kembali syor-syornya bahawa, semasa perhimpunan dan perarakan, kehadiran pihak polis mestilah tidak terlalu menonjol, dengan memberi fokus kepada meminimakan gangguan kesesakan trafik dan kegiatan komersial serta memastikan 12

Выберите целевой абзац3