Isu-Isu Utama
ISU-ISU UTAMA
Menafikan hak asasi manusia
adalah mencabar kemanusiaan
mereka.
Nelson Mandela
Komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan September 2011 untuk memansuh
atau meminda undang-undang yang telah lama dianggap sebagai menindas prinsip-prinsip hak
asasi manusia telah membuahkan hasil pada tahun 2012, dengan pembatalan tiga Perisytiharan
Darurat dan luputnya undang-undang yang berkaitan, serta:
•
Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Buang Negeri 1959
dan Akta Kediaman Terhad 1933;
•
Pindaan kepada, antara lain, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Polis 1967,
dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; dan
•
Penggubalan Akta Perhimpunan Aman
Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
2012
dan
Akta
Kesalahan
Walaupun Suruhanjaya mengalu-alukan inisiatif ini, dan menyokong Kerajaan dalam usahanya
ke arah pembaharuan demokratik serta untuk melindungi hak asasi manusia dan kebebasan,
terdapat beberapa masalah dengan peruntukan-peruntukan tertentu dalam undang-undang
baru dan undang-undang yang dipinda yang perlu diselesaikan. Di samping itu, terdapat isuisu hak asasi manusia yang belum diselesaikan yang perlu diberi perhatian berterusan oleh
Kerajaan. Antaranya ialah kebebasan berhimpun, kebebasan bersuara dan bermaklumat, dan
hak-hak kumpulan rentan.
11