Ringkasan Eksekutif Di peringkat domestik, Suruhanjaya menjalankan satu siri perundingan dengan pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan dan organisasi masyarakat sivil untuk menilai pelaksanaan komitmen Malaysia di bawah kitaran pertama Penilaian Penggalan Sejagat (UPR), serta untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi dan perkara-perkara yang boleh diperbaiki untuk kitaran kedua, yang akan berlangsung dari bulan Oktober-November 2013 pada sesi ke-17 UPR. Sebagai anggota Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional, Suruhanjaya menyokong Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dalam pembangunan dan penggubalan Pelan tersebut. LAPORAN PEJABAT SABAH Pejabat Suruhanjaya Sabah di Kota Kinabalu menerima 300 aduan, kebanyakannya mengenai dakwaan pelanggaran hak-hak kumpulan rentan. Di samping itu, Suruhanjaya mempromosi hak asasi manusia melalui Perbincangan Meja Bulat, dialog dan pameran. Lawatan telah diadakan di dua Pusat Pembelajaran Komuniti, Penjara Pusat Kota Kinabalu dan Institusi Penjara Wanita di Kepayan. Kunjungan hormat ke pejabat Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah di Sabah telah diatur. LAPORAN PEJABAT SARAWAK Selain daripada menyiasat aduan, Pejabat Suruhanjaya di Sarawak menjalankan satu Perbincangan Meja Bulat mengenai hak orang kurang upaya, mengatur lima ceramah mengenai hak asasi manusia dengan bantuan agensi-agensi lain dan menguruskan pendengaran awam yang diadakan di Sarawak untuk Inkuiri Nasional Mengenai Hak ke Atas Tanah Orang Asal/Asli (OA) di Malaysia. Mesyuarat Konsultasi UPR telah diadakan dengan agensi-agensi kerajaan dan NGO. LAPORAN INKUIRI NASIONAL MENGENAI HAK KE ATAS TANAH ORANG ASAL/ASLI Susulan daripada mesyuarat dan konsultasi awam yang diadakan pada tahun 2011, Suruhanjaya telah mengadakan pendengaran awam di Sarawak (27 Februari hingga 14 Mac), Semenanjung Malaysia (27 Mac hingga 16 Mei) dan Sabah (4 hingga 16 Jun) yang melibatkan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, masyarakat OA yang terjejas, individu dan pakar, yang memberi keterangan di hadapan Panel Siasatan dan bukti yang dikemukakan. Beberapa isu utama hak asasi manusia telah dikenal pasti semasa proses konsultasi. Ianya telah dikategorikan sebagai ketiadaan pengiktirafan konsep Hak Tanah Adat OA; proses pentadbiran; kesan skim perladangan dan projek-projek pembangunan komersial; kemasukan tanah adat ke dalam rizab pembalakan dan hutan, dan di kawasan negeri dan dilindungi; serta pampasan yang tidak mencukupi kerana kehilangan tanah, wilayah dan tanaman OA. 10

Выберите целевой абзац3