Perutusan Pengerusi undang dan peraturan negara atau menyebarluas undang-undang dan peraturan baru. Walau bagaimanapun, proses ini telah mengambil masa yang terlalu lama - dalam beberapa kes, melebihi empat dekad – menjadikan alasan Kerajaan tidak lagi munasabah. Adalah penting bagi Kerajaan mempercepatkan proses penyertaan seiring dengan langkahnya mencapai status negara maju. Jika tidak, setelah Malaysia mencapai status negara maju yang diingininya, ia tidak akan memperolehi kedudukan yang setanding di kalangan negara maju yang telah menyertai kesemua instrumen teras tersebut. Selain perlunya kesungguhan politik dan keazaman yang kuat untuk terus melangkah ke hadapan, Malaysia perlu mengikuti perkembangan pesat dunia globalisasi dan tanpa sempadan, atau terus ketinggalan. Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional (NHRAP) memainkan peranan penting dalam usaha Malaysia menjadi negara yang mematuhi sepenuhnya piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Suruhanjaya berpuas hati Kerajaan kini mula menyokong tujuan ini dan bersetuju merumuskan NHRAP; malah, akhir-akhir ini, ia telah mengambil beberapa langkah awal tetapi penting ke arah itu. Suruhanjaya meletakkan harapan tinggi kepada kejayaan NHRAP dan berharap untuk bekerjasama dengan agensi fokal Kerajaan dalam memastikan proses membangunkan NHRAP dilaksanakan secepat mungkin, secara telus dan melalui perundingan bersama semua pihak berkepentingan, dan ia akan menjadi satu pelan yang bukan sahaja bercita-cita tinggi, tetapi juga realistik. Pada bulan Oktober-November 2013, Malaysia akan melalui Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) kedua susulan daripada kitaran penilaian empat setengah tahun yang mana komitmen hak asasi manusia yang dibuat pada tahun 2009 akan dinilai. Oleh kerana proses UPR merupakan proses penilaian paling penting dan telus oleh komuniti antarabangsa ke atas rekod hak asasi manusia negara anggota PBB, persediaan teliti Kerajaan adalah amat penting. Suruhanjaya berharap Kerajaan akan lebih terbuka dan menerima pandangan masyarakat awam, dan akan meningkatkan penglibatan dengan pelbagai pihak berkepentingan melalui dialog yang lebih kerap serta perkongsian kepakaran dalam proses susulan UPR, serta dalam penyediaan untuk kitaran UPR Malaysia yang seterusnya. Suruhanjaya berharap Kerajaan akan mengemukakan laporan positif dan meyakinkan mengenai pencapaian komitmen hak asasi manusianya, yang akan menggambarkan dengan baik kedudukan negara sebagai anggota semasa Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Suruhanjaya, yang telah membentangkan laporan interim kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada bulan September 2011 mengenai pelaksanaan syor-syor UPR, telah melaksanakan proses konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan sebagai persediaan laporan bebas UPR bagi kitaran seterusnya. Walaupun terdapat perkembangan positif mengenai keadaan hak asasi manusia di dalam negara, masih tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap perkembangannya di masa hadapan sama ada akan diteruskan dan dikekalkan. Pastinya, masih banyak ruang untuk penambahbaikan, terutama sekali perlunya penyertaan kepada instrumen teras hak manusia yang selebihnya. Suruhanjaya akan terus bekerjasama dengan Kerajaan dan pihak berkepentingan lain dalam memastikan perkembangan yang berterusan ke arah pencapaian standard hak asasi manusia yang lebih baik di masa hadapan. 4

Выберите целевой абзац3