Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. SUHAKAM ambil
maklum langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi melindungi kesihatan
awam sungguhpun begitu, hak asasi manusia tidak seharusnya diketepikan
dalam usaha menangani pandemik.
Akibat daripada pandemik dan langkah-langkah pemulihan yang diambil
oleh kerajaan, kebanyakan aktiviti yang dirancang SUHAKAM terpaksa
ditangguh atau dibatalkan. Namun begitu, SUHAKAM tetap teguh dalam
melaksanakan mandat dan fungsinya dengan menyelaraskan aktiviti dengan
normal baharu menggunakan kaedah dan pendekatan alternatif.
Sehubungan itu, pengunaan teknologi diadaptasi untuk memastikan
kelangsungan aktiviti termasuklah mengadakan beberapa sesi rundingan
dalam talian bersama pihak pemegang taruh dan penganjuran webinar.
Semua aktiviti tersebut berlangsung sepanjang tahun sejak pelaksanaan PKP
pada bulan Mac merangkumi isu berkaitan
orang asli/asal, pelarian dan pencari suaka,
penduduk miskin bandar, pekerja migran
Berdasarkan siri
dan pekerja tanpa dokumen, orang tanpa
rundingan yang
kewarganegaraan, wanita dan kanakdijalankan didapati
kanak.
Berdasarkan siri rundingan yang dijalankan
didapati
pandemik COVID-19 memberi
kesan kelangsungan hidup yang sangat
ketara kepada golongan rentan seperti
wanita dan kanak-kanak, orang asli/asal,
pekerja migran dan pekerja tanpa dokumen,
pelarian, pencari suaka dan orang tanpa
kewarganegaraan. Penting untuk difahami
bahawa pandemik ini tidak mendiskriminasi
malah memberi kesan kepada semua
orang tanpa mengira kewarganegaraan.
Susulan sesi rundingan yang dijalankan,
SUHAKAM telah mengemukakan beberapa
syor penting mengenai cabaran yang
dihadapi golongan rentan seterusnya
memanjangkannya untuk pertimbangan
kerajaan. Secara amnya, kerajaan telah
pun ambil maklum dan akan meneliti syor
tersebut.
pandemik
COVID-19
memberi kesan
kelangsungan
hidup yang sangat
ketara kepada
golongan rentan
seperti wanita
dan kanak-kanak,
orang asli/asal,
pekerja migran
dan pekerja tanpa
dokumen, pelarian,
pencari suaka
dan orang tanpa
kewarganegaraan.
LAPORAN TAHUNAN 2020
ix