B. PROMOSI DAN KEMASYARAKATAN LATAR BELAKANG SUHAKAM terus meningkatkan kesedaran tentang hak asasi manusia di Malaysia melalui dialog, kempen advokasi dan bengkel pemerkasaan bersama masyarakat, pekerja perladangan, Jabatan Agama Islam dan belia. Fokus juga diberikan kepada projek pengiklanan melalui media penyiaran dan pengangkutan awam. 1. PERLINDUNGAN DARIPADA PENYEKSAAN DAN LAYANAN ATAU HUKUMAN LAIN YANG ZALIM, TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN ATAU MENJATUHKAN MARUAH (UNCAT) SUHAKAM terus meningkatkan kesedaran awam mengenai UNCAT melalui penghasilan sebuah animasi pendidikan. Tujuannya adalah untuk mempromosi pemahaman lebih meluas dalam kalangan masyarakat mengenai konvensyen ini dan faedah kepada Malaysia apabila menjadi negara pihak. Ia bertujuan mencegah perbuatan penyeksaan dan sebarang bentuk layanan yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah terhadap mana-mana individu. Animasi yang dihasilkan dalam Bahasa Melayu disertakan dengan sari kata Bahasa Inggeris ini boleh ditonton di saluran YouTube dan halaman media sosial Facebook dan Twitter SUHAKAM. SUHAKAM juga mengambil inisiatif membuat terjemahan teks penuh UNCAT ke dalam Bahasa Melayu dan seterusnya menerbitkan sebuah buku kecil dwibahasa (Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris) dengan menggunakan dana daripada Kesatuan Eropah (EU). Buku kecil ini akan digunakan sebagai bahan dalam mempromosi pemahaman tentang UNCAT dan kewajipan utamanya kepada penggubal dasar sebelum Malaysia meratifikasi konvensyen ini. Susulan daripada pelancaran pameran seni “Kartunis Menentang Penyeksaan” yang dibiayai EU pada bulan Julai 2019, SUHAKAM dan Perpustakaan Negeri Sarawak telah menganjurkan pameran yang sama di Perpustakaan Negeri Sarawak bermula pada 1 - 30 September. Pameran ini memaparkan koleksi karya seni kartunis tempatan dan antarabangsa. Walaupun gabungan ACT4CAT, yang mana SUHAKAM merupakan rakan kempen telah menangguhkan beberapa siri aktiviti/kempen disebabkan pandemik, gabungan ini menggunakan karya seni dan pentas media 10 LAPORAN TAHUNAN 2020

Select target paragraph3