Orang Asli/Asal (OA) terus terkesan akibat pembangunan arus perdana
dan dinafikan hak terhadap tanah dan sumber asas. SUHAKAM menerima
17 aduan daripada masyarakat orang asli/asal, iaitu sembilan aduan di
Semenanjung Malaysia, tujuh aduan di Sabah dan satu aduan di Sarawak.
Kebanyakan aduan di Semenanjung Malaysia pula berkaitan dengan
infrastruktur, keperluan asas dan pembinaan empangan. Bagi menangani isu
ini SUHAKAM terus berhubung dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
(BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA).
Pada 15 Januari, SUHAKAM bertemu Ketua Pengarah JAKOA untuk
membincangkan perkembangan dan kemajuan masyarakat OA, Inkuiri
Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal dan isu berkaitan Jabatan
Perhutanan dan Jabatan Hidupan Liar serta Taman Negara di Semenanjung
Malaysia. SUHAKAM turut membincangkan perihal OA di Kuala Koh,
Kelantan dan aduan lain. Hasilnya, Ketua Pengarah mencadangkan
penubuhan satu jawatankuasa bersama yang terdiri daripada SUHAKAM dan
JAKOA untuk menambahbaik proses pengurusan aduan.
SUHAKAM mengalu-alukan pelawaan BHEUU ke Mesyuarat Penyelarasan
Status Terkini Pelaksanaan Enam Rumusan Tindakan dan Hala Tuju
Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal (JKKHTOA)
untuk membincangkan dan memberikan perkembangan terkini enam
cadangan yang dibuat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Hak Tanah
Orang Asli/Asal.
Di Sabah dan Sarawak, kebanyakan aduan yang diterima daripada
masyarakat orang asal di Sarawak adalah berkaitan kewarganegaraan,
terutamanya mengenai kewarganegaraan kanak-kanak dan kelewatan
mendaftar sijil kelahiran atau kad pengenalan.
SUHAKAM terus mengambil bahagian dalam Majlis Antipemerdagangan
Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan melawat tempat
perlindungan mangsa pemerdagangan orang. Malaysia berada dalam
Senarai Pemerhatian Tahap 2 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk
dua tahun berturut-turut. Tahun ini, sembilan aduan diterima melibatkan
isu pekerjaan, penglibatan agensi pengambilan pekerja yang terlibat
dengan pemerdagangan manusia, tidak membayar gaji pembantu rumah,
dipaksa bekerja 18 jam setiap hari, majikan menahan pasport pekerja
dan dihalang daripada menjalani pemeriksaan perubatan termasuk ujian
COVID-19. SUHAKAM juga maklum akan dakwaan badan bukan kerajaan
LAPORAN TAHUNAN 2020
xxi