yang kurang membangun serta yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Berikutan isu perkahwinan kanak-kanak dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam di Malaysia, OCC telah menasihati kerajaan untuk campur tangan dengan meminda undang-undang berkaitan. OCC berpendapat Malaysia sudah bersedia untuk menarik balik semula semua reservasi terhadap Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Ini disebabkan oleh Perlembagaan Persekutuan mempunyai perlindungan yang mencukupi untuk mengatasi konflik peruntukan dalam CRC. Oleh itu, penarikan reservasi tidak akan mengakibatkan tanggapan buruk terhadap negara malah meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih baik sebagai negara pihak kepada CRC. Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) memperuntukkan kerangka undangundang sebagai tindak balas kerajaan terhadap kanak-kanak yang memerlukan penjagaan dan perlindungan serta kanak-kanak yang mempunyai konflik perundangan. OCC menganjurkan supaya Akta KanakKanak dipinda bagi mencapai objektifnya pada masa yang sama mencari alternatif terhadap penahanan kanak-kanak. Ini termasuklah menyokong projek perintis yang dapat melindungi kanak-kanak sebagai salah satu usaha jangka masa panjang. OCC komited untuk menasihati kerajaan berkenaan pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Perkahwinan Bawah Umur menjelang 2030 dan juga untuk pindaan Akta Pendidikan 1996 dengan memastikan pendaftaran wajib untuk sekolah tahfiz. OCC menubuhkan Majlis Perundingan Kanak-kanak Malaysia yang terdiri daripada 20 orang ahli berumur antara 10 - 17 tahun daripada pelbagai latar belakang. Tahun ini sebanyak 51 aduan berkaitan dengan hak kanakkanak diterima. OCC turut melawat enam pusat tahanan dan empat buah rumah perlindungan kanak-kanak, serta menjalankan arahan memerhati bagi tiga kes yang melibatkan kanak-kanak. Sebanyak tujuh kenyataan media dikeluarkan berkaitan isu dan cabaran yang dihadapi kanak-kanak semasa PKP, hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan semasa tempoh pandemik COVID-19, kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dalam kereta dan Sambutan Hari Kanak-kanak Antarabangsa. Susulan pandemik COVID-19, kerajaan menguatkuasakan PKP pada 18 Mac di seluruh negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344). Keadaan ini menjejaskan ekonomi dan kehidupan sosial masyarakat. LAPORAN TAHUNAN 2020 xix

Select target paragraph3