triti yang belum ditandatangani dan Deklarasi PBB Mengenai Hak Orang
Asli/Asal (UNDRIP) dengan undang-undang tempatan. Penyelidikan yang
dilakukan adalah dalam bentuk primer dan sekunder. Selain sorotan kajian,
perunding penyelidik juga menjalankan undian dan tinjauan awam bagi
mendapatkan perspektif masyarakat mengenai setiap triti.
Pada 11 Jun, SUHAKAM telah menganjurkan dialog mengenai ‘Hak Asasi
Manusia dan Tanpa Kewarganegaraan di Malaysia’ secara dalam talian.
Program ini bertujuan untuk membincangkan, memahami dan mencari
jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi individu tanpa
kewarganegaraan di Malaysia daripada segi hak ekonomi, sosial, dan
kebudayaan. Oleh itu, SUHAKAM mengulangi seruan supaya kerajaan
menyertai Konvensyen Mengenai Status Orang Tanpa Kewarganegaraan
1954, Konvensyen Mengenai Pengurangan Tanpa Kewarganegaraan
1961 dan Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951. SUHAKAM juga
menganjurkan dialog dalam talian mengenai ‘Hak Asasi Manusia dan
Kemiskinan’ pada 22 September untuk membincangkan dengan lebih lanjut
isu yang diketengahkan oleh Pelapor Khas PBB bagi Kemiskinan Tegar dan
Hak Asasi Manusia, Prof. Philip Alston, dikeluarkan pada tahun 2020 dan kesan
COVID -19 terhadap pelbagai kumpulan rentan.
Sepanjang tahun 2020, SUHAKAM menerima sejumlah 756 aduan iaitu 375
aduan diterima di Ibu Pejabat SUHAKAM Kuala Lumpur, 311 dan 70 aduan
masing-masing melalui Pejabat Sabah dan Sarawak. Semasa tempoh PKP
dan PKP Bersyarat (PKPB), pengadu digalakkan untuk mengemukakan
aduan melalui telefon, e-mel dan sistem aduan secara dalam talian bagi
menghadkan perjumpaan secara bersemuka.
Hanya 142 kes daripada 517 kes keseluruhan dapat diselesaikan dan bakinya
masih lagi dalam siasatan. Jumlah aduan tertinggi yang diterima adalah
berkaitan dengan kewarganegaraan, tangkapan, tahanan dan buang
negeri, kebebasan dan keselamatan diri, tindakan penyeksaan/layanan
atau hukuman zalim dan kematian dalam tahanan.
SUHAKAM turut mengadakan lawatan ke sembilan buah pusat tahanan
seluruh negara. SUHAKAM mendapati kebanyakan pusat tahanan tersebut
kekurangan kemudahan dan infrastruktur asas, malah terdapat pusat
tahanan yang sesak. Ketika lawatan berkala ini, SUHAKAM turut menekankan
agar PDRM menambah baik atau meminda prosedur operasi standard
mengenai penahanan individu dalam lokap polis.
LAPORAN TAHUNAN 2020
xv