RUMUSAN EKSEKUTIF SUHAKAM sememangnya tidak bersedia dengan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada bulan Mac. Walaupun demikian, SUHAKAM bertindak pantas menyusun semula strategi dan mengkaji semula pendekatan dan gerak kerja tahunan untuk memastikan SUHAKAM dapat menjalankan operasinya. Berdasarkan mandat pendidikan, SUHAKAM sedang merangka modul latihan untuk Jabatan Penjara Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Pendidikan Guru bertujuan menginstitusi dan menambah baik latihan hak asasi manusia di pelbagai agensi kerajaan. SUHAKAM juga telah menganjurkan dua sesi latihan dalam talian kepada mahasiswa Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Topik latihan masing-masing adalah mengenai isu pelarian dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT). SUHAKAM terus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang UNCAT dengan membangunkan aplikasi pendidikan animasi pada masa yang sama menerbitkan buku kecil UNCAT dalam versi dwibahasa (Bahasa Melayu Inggeris) menggunakan dana daripada Kesatuan Eropah (EU). Tahun ini sebanyak dua sesi SUHAKAM Bersama Masyarakat (SBM) berjaya dilaksanakan iaitu sesi pertama melalui Siaran Langsung Facebook (Facebook Live) pada 22 Julai dan kedua pada 15 September secara bersemuka bersama pekerja ladang di Batang Padang, Perak. Secara keseluruhannya, dana dari Kesatuan Eropah adalah untuk tujuan menjalankan program dan aktiviti promosi dan pendidikan hak asasi manusia. SUHAKAM terus mengkaji aspek perundangan yang memberi kesan kepada hak asasi manusia di Malaysia. Ini termasuklah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Peraturan Lokap 1953, Undang-undang AntiLompat Parti daripada perspektif hak asasi manusia, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan pindaan kepada Akta SUHAKAM 1999 [Akta 597]. Selain itu SUHAKAM turut bekerjasama dengan tujuh orang perunding penyelidikan di bawah projek ‘Mempromosi Penyertaan Baki Triti Hak Asasi Manusia Antarabangsa di Malaysia’ untuk menganalisis keserasian baki xiv LAPORAN TAHUNAN 2020

Select target paragraph3