Walaupun
dengan
pelaksanaan
PKP,
SUHAKAM tetap melaksanakan mandatnya
seperti melakukan lawatan pemantauan
ke tempat tahanan mengikut keadaan
semasa dan mengetengahkan isu hak
asasi manusia melalui sidang media dalam
talian, menjalankan temu bual media dan
mengeluarkan kenyataan media. Dalam
tempoh ini juga dua sidang media dalam talian
telah dijalankan iaitu Pengumuman Laporan
Tahunan SUHAKAM 2019 dan Penemuan Hasil
Siasatan Mengenai Impak COVID-19 terhadap
Keadaan Tempat Tahanan di Malaysia. Inkuiri
Awam terhadap Kehilangan Joshua Hilmy dan
Ruth Sitepu juga diteruskan.
SUHAKAM turut menggunakan pendekatan
melalui pengiklanan dalam pengangkutan
awam dengan penggunaan gambar atau
maklumat mengenai hak asasi manusia
serta hebahan khidmat masyarakat di stesen
televisyen dan saluran radio tempatan.
Sebaik sahaja pelancaran iklan dalam
pengangkutan awam didapati peningkatan
bilangan pengikut dan jumlah tanda suka di
laman media sosial SUHAKAM.
SUHAKAM
meneruskan
penyertaan
di
peringkat antarabangsa dan serantau secara
dalam talian melibatkan Forum Institusi Hak
Asasi Manusia Kebangsaan Asia Tenggara
(SEANF), Forum Asia Pasifik Institusi Hak Asasi
Manusia Kebangsaan (APF) dan Pakatan
Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan
(GANHRI). Walaupun perbincangan ketika
mesyuarat tahunan masih berkisar mengenai
isu hak asasi manusia seperti status tanpa
kewarganegaraan, penyeksaan, perniagaan
dan hak asasi manusia, fokus utama tetap
berkait dengan pandemik COVID-19 dan
impaknya, khususnya kepada negara, rakyat
dan Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan
x
LAPORAN TAHUNAN 2020
..... fokus utama
tetap berkait
dengan pandemik
COVID-19 dan
impaknya,
khususnya kepada
negara, rakyat
dan Institusi Hak
Asasi Manusia
Kebangsaan.
SUHAKAM turut
menjangkakan
kecemasan
kesihatan awam
dan hak asasi
manusia kekal
menjadi fokus
utama pada
tahun hadapan
mengambilkira
situasi di negara
seluruh dunia yang
masih menghadapi
cabaran untuk pulih
kesan pandemik
COVID-19.