28
29
Strategi: Membangunkan atau menggunakan mekanisme pemantauan
untuk menilai realisasi progresif ESCR
Objektif Strategik 3: Memerangi Rasisme, Diskriminasi Kaum dan Xenofobia
Perkara 1
Keterangan
Output
Rangka
Masa
Petunjuk
Konvensyen Antarabangsa tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
i.
Pembangunan dan
penggunaan mekanisme
untuk memantau realisasi
progresif ESCR yang
disenaraikan dengan
menggunakan petunjuk
statistik, dasar dan
belanjawan negara, dan
komitmen antarabangsa
(contohnya melalui
konvensyen yang diratifikasi,
SDG, UPR, HRC dan lainlain)
Jangka
Sederhana
Mekanisme pemantauan sedia
untuk penggunaan SUHAKAM
selewat-lewatnya tahun ketiga
ii.
Memuktamadkan dan publisiti
laporan hasil pemantauan
Jangka Panjang
SUHAKAM menerbitkan laporan
pemantauannya, dan dengan itu,
melibatkan
kerajaan,
dan
menghebahkan hasilnya kepada
orang awam dan rakan kongsi
Strategi: Menyokong penyertaan Malaysia dalam ICESCR
Output
1. Dalam Konvensyen ini, istilah "diskriminasi kaum" hendaklah bererti apa-apa perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan
bangsa, warna kulit, keturunan, atau negara atau etnik asal yang mempunyai tujuan atau memberi kesan membatalkan atau merosakkan nilai
pengiktirafan, kenikmatan atau amalan, secara setara, hak asasi manusia dan kebebasan asasi dalam politik, ekonomi, sosial, kebudayaan atau
apa-apa bidang kehidupan awam yang lain.
i.
ii.
Penyerahan kertas pendirian
SUHAKAM kepada kerajaan,
termasuk, tetapi tidak terhad
kepada Jawatankuasa Tetap
Antara
Agensi
tentang
ICESCR, JPM, MOFA dan
AGC berkenaan manfaat
menyertai ICESCR
Keterlibatan dengan
Jawatankuasa Tetap Antara
Agensi tentang ICESCR untuk
membentangkan kedudukan
SUHAKAM dan maklumat
berkenaan manfaat menyertai
ICESCR
NB: Jangka Pendek: 2 tahun dan ke bawah
Jangka
Sederhana
Jangka Panjang
SUHAKAM menyerahkan kertas
pendiriannya kepada agensi
berkaitan
Bilangan pelibatan dengan
Jawatankuasa Tetap Antara Agensi
(Inter-Agency Standing Committee
atau IASC) ICESCR dalam
Tempoh Pelan Strategik
Jangka Sederhana: 3 hingga 4 tahun
Jangka Panjang: 5 tahun
Melihat senario rakyat Malaysia yang berbilang kaum
dan pelbagai budaya, jelas bahawa subjek seperti
bangsa, agama dan bahasa sangat sensitif dan telah
mencetuskan banyak insiden yang tidak diingini pada
masa lalu, dan sejak kebelakangan ini. Walaupun
rasisme institusi mempunyai kesan merumitkan yang
lebih panjang kepada masyarakat secara keseluruhan,
namun usaha menangani rasisme individu adalah sama
pentingnya dengan penghapusan rasisme yang
sistematik di Malaysia. Tuduhan diskriminasi kaum di
Malaysia berpunca daripada keutamaan kaum yang
terkandung dalam dasar sosial dan ekonomi kerajaan.
Faktor utama bagi perkara ini ialah sistem politik dan
parti politik yang dibahagikan mengikut kaum di negara
kita. Perkauman berakar umbi dalam sistem politik kita.
Akibatnya, prasangka membawa kepada ketegangan
yang lebih luas, prejudis dan stereotaip antara pelbagai
kumpulan etnik.
Dalam usaha mengekang insiden yang tidak diingini,
pihak berkuasa telah menggunakan tindak balas yang
keras, dan ramai orang telah dikenakan tindakan di
bawah pelbagai undang-undang di negara ini.
Walaupun masyarakat menjadi mangsa diskriminasi
kaum, mereka tidak berani membincangkannya di
khalayak ramai kerana sifatnya yang sensitif dan akibat
yang mungkin mereka hadapi.
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan adalah asas
kepada perlindungan perlembagaan hak kesaksamaan
tanpa diskriminasi di Malaysia. Perkara 8(1)
menyatakan bahawa: “Semua orang adalah sama rata
di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”.
Manakala Perkara 8(2) menyatakan bahawa “Tidak
boleh ada diskriminasi terhadap warganegara sematamata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir
atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau
dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau
pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau
dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang
berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau
pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan
atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan,
profesion, kerjaya atau pekerjaan.”
Malaysia
telah
mengambil
dan
menyatakan
komitmennya dalam melaksanakan 17 matlamat yang
menggariskan SDG.
Berasaskan prinsip “tiada sesiapa pun yang akan
dipinggirkan”, Agenda 2030 menekankan pendekatan
holistik untuk mencapai pembangunan yang mampan
untuk semua. SDG meletakkan prinsip hak asasi
manusia, iaitu kesaksamaan tanpa diskriminasi sebagai
keutamaannya, memastikan penyertaan golongan
terpinggir, tidak berdaya dan terhalang, dan
mengurangkan ketidaksamarataan di dalam dan dalam
kalangan Negara, sebagai sebahagian daripada usaha
membasmi kemiskinan. Walaupun
Matlamat 10
bertujuan untuk mengurangkan ketidaksamarataan
secara khusus, namun semua matlamat lain
menggalakkan nilai tanpa diskriminasi.
Keutamaan
Suruhanjaya akan merumuskan beberapa strategi
konkrit untuk menangani masalah ini. Suruhanjaya akan
bermula dengan membangunkan dasar dalaman
terhadap rasisme dan diskriminasi kaum untuk memberi
kesedaran kepada kakitangannya dan menjadi teladan
kepada pihak luar. Perkara ini bukan asing bagi
Malaysia sahaja dan ini juga bukan satu perkara yang
mudah untuk diselesaikan. Malaysia ialah negara
dengan masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya,
dan pelbagai bahasa. Pelbagai kumpulan etnik di
Malaysia terus mengekalkan identiti budaya masingmasing. Migrasi rentas sempadan menjadikan Malaysia
sebuah masyarakat yang lebih kompleks. Subjek ini
dilihat sebagai perkara yang sensitif dan apa-apa
pendekatan yang dianggap ‘salah’ boleh membawa
padah. Masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam
sekelip mata, dan memerlukan pelan menyeluruh
berserta
sokongan
daripada
pelbagai
pihak
berkepentingan. Sudah tiba masanya kita belajar
menerima realiti kepelbagaian Malaysia dan meraikan
perbezaan kita tanpa prejudis. Suruhanjaya, dengan
pelan tindakannya, perlu membentuk kerjasama dengan
rakan strategik dalam menangani isu hak asasi manusia
yang lama tertangguh ini.
Menjadi harapan SUHAKAM bahawa suatu hari nanti,
akan ada budaya persefahaman dan menghormati hak
asasi manusia, tanpa mengira bangsa, agama, latar
belakang, atau status di seluruh negara, dalam
kalangan semua rakyat, muda dan tua, atau golongan
istimewa
atau
terpinggir.