Bab 2 - Laporan Kumpulan Aduan, Pemantauan dan Inkuiri Wakil dari MTUC menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suruhanjaya menerima aduan yang mendakwa pihak majikan telah menentang aktiviti kesatuan pekerja. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mempersoalkan langkah yang telah diambil oleh Malayan Banking Bhd (Maybank) untuk menubuhkan satu kesatuan dalaman yang dianggap sebagai satu cara untuk melemahkan kesatuan kebangsaan. NUBE juga telah mencabar perkara tersebut di mahkamah. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan NUBE telah membuat aduan kepada Suruhanjaya berhubung dengan laporan yang dibuat oleh Menteri Sumber Manusia kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa pada tahun 2011 bahawa keputusan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (DGTU) untuk mendaftar kesatuan dalaman tersebut adalah sah dan dalam bidang kuasa DGTU sepertimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada DGTU itu hanya diumumkan pada November 2013. Sehubungan itu, NUBE mempersoalkan bagaimana Menteri boleh memaklumkan keputusan tersebut seawal tahun 2011. Ini mendorong NUBE membuat dakwaan bahawa wujudnya pengaruh Menteri dalam keputusan mahkamah tersebut. Kesatuan Sekerja Anak Kapal Kabin Penerbangan turut membuat aduan kepada Suruhanjaya mengenai pemecatan presiden mereka oleh Syarikat Penerbangan Malaysia dan keengganannya untuk mengakui kesatuan kebangsaan tersebut. (d) Pelarian dan Pencari Suaka Suruhanjaya telah menerima 25 aduan berkenaan pelarian yang telah ditahan sama ada oleh pihak berkuasa polis atau Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan. Terdapat dakwaan daripada pengadu yang menyatakan berlakunya penangkapan ke atas mereka yang mempunyai kad pelarian yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR). Suruhanjaya telah melawat beberapa orang pelarian yang ditangkap dan merujuk perkara tersebut kepada UNHCR. Sebahagian besar aduan yang dibuat oleh pelarian adalah berkaitan dakwaan kelewatan UNHCR dalam memproses permohonan mereka. Pengadu terutamanya daripada Myanmar, menyatakan walaupun telah beberapa kali membuat permohonan dan hadir ke pejabat UNHCR, 48

Select target paragraph3