Bab 2 - Laporan Kumpulan Aduan, Pemantauan dan Inkuiri
Rajah 1: Aduan Diterima, 2008-2013
Selepas dibincangkan, Suruhanjaya memutuskan bahawa 221 aduan adalah di luar bidang
kuasanya, termasuklah:
•
•
•
Pertikaian yang belum selesai di mahkamah atau yang telah diselesaikan oleh
mahkamah;
Isu-isu pentadbiran yang perlu ditangani oleh agensi-agensi berkaitan; dan
Perkara yang berada di bawah bidang kuasa badan profesional.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya telah membantu pengadu sama ada dengan cara memajukan
kes mereka kepada pihak yang bertanggungjawab atau meminta pengadu merujuk kepada
agensi yang berkaitan. Daripada 403 aduan yang diterima, Suruhanjaya telah menyelesaikan
173 kes (Rajah 2) manakala selebihnya masih dalam siasatan.
Rajah 2: Kes selesai dan dalam siasatan, 2013
Jumlah aduan yang diterima telah menurun setelah Suruhanjaya menguna pakai dasar untuk
tidak menerima aduan yang dihantar oleh sumber tanpa nama atau aduan yang dihantar kepada
agensi lain tetapi dibuat salinan kepada Suruhanjaya. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya
43