Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
6. CERAMAH DAN PAMERAN
Suruhanjaya menggiatkan penglibatannya bersama masyarakat akar umbi menerusi program
kemasyarakatan di:
(i)
Perlis: ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ di Kangar dan lawatan ke Cure and Care
Rehabilitation Centre (CCRC), pusat pemulihan bagi penagih dadah di Chabang pada 21
Februari;
(ii)
Pahang: ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ di Kuala Lipis dan lawatan ke CCRC di Benta
pada 2 Julai; dan
(iii) Perak: ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ di Gerik pada 1 Oktober.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap bidang kerja Suruhanjaya
di samping membolehkan peserta bertukar pandangan tentang isu hak asasi manusia dan
menyuarakan sungutan mereka terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia. Antara
isu yang dibangkitkan berkaitan dengan hak wanita dalam lingkungan Undang-undang
Syariah, keperluan untuk keseragaman dalam mentadbir undang-undang Islam di semua
negeri, kekurangan bantuan Kerajaan untuk SAR dan keperluan untuk memperbaiki kualiti
perkhidmatan penjagaan kesihatan awam kerana kebanyakan warga Malaysia mendapati kos
penjagaan kesihatan swasta terlalu tinggi.
Pameran juga turut dianjurkan menerusi program ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ dan
jemputan daripada tiga buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (29-31 Januari); Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (26-30 April) dan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (11 Mei).
7. KUNJUNGAN HORMAT
Sebanyak 16 delegasi daripada organisasi tempatan dan luar negara telah mengunjungi
Suruhanjaya untuk mengetahui lebih lanjut bidang tugasnya.
(a) Lawatan oleh delegasi tempatan dan luar negara
Pada 20 Februari, Suruhanjaya mengalu-alukan delegasi daripada Suruhanjaya Integriti Agensi
Penguatkuasaan Malaysia (SIAP) yang diketuai oleh Cik Foo Hui Yi. Delegasi ini berharap untuk
mencontohi amalan terbaik Suruhanjaya dalam menjalankan siasatan awam yang meliputi
cabaran dan kekangan serta aspek kewangan dan teknikal.
Pada 26 Februari, Suruhanjaya menerima kunjungan delegasi daripada gabungan dua
organisasi iaitu Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights dan Cross Cultural
Foundation of Thailand. Delegasi ini berminat untuk mengetahui lebih lanjut peranan dan fungsi
Suruhanjaya, khususnya kerja advokasi dan proses penyelesaian aduan.
37