Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
Cik Michelle Gyles-McDonnough, Penyelaras Residen PBB di Malaysia, telah menyampaikan
ucapan pembukaan manakala Dr Chandra Muzaffar, Presiden Pergerakan Antarabangsa untuk
Dunia Keadilan (JUST), menjadi moderator bagi panel perbincangan ini.
Lima ahli panel terdiri daripada Dato’ Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan
Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF); Tan Sri Dato’ Dr Michael Yeoh, Pengasas Bersama
dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI); Datuk Dr Khaw
Lake Tee, Naib-Pengerusi Suruhanjaya; Encik Daniel Lo Soo Jeng, Pegawai Khas Hak Asasi
Manusia di Pejabat YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri;
dan Encik Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS. Ucapan penutup telah disampaikan oleh
Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri Hasmy Agam.
Program ini telah menyediakan platform untuk membincangkan penerapan hak asasi manusia
dalam agenda pembangunan nasional serta menegaskan bahawa hak asasi manusia dan
pembangunan saling memperkukuh dan melengkapi antara satu sama lain.
Ahli panel semasa
Perbincangan SUHAKAMUNCT Menuju 2020:
Hak Asasi Manusia dan
Pembangunan’
5. HAK ASASI MANUSIA DAN SENI
Suruhanjaya menerokai pendekatan yang kreatif dalam mempromosikan hak asasi manusia
melalui seni, dengan dua projek baharu.
(a) Komik Hak Asasi Manusia
Memandangkan populariti komik di kalangan kanak-kanak hari ini, Suruhanjaya berasa bahawa
komik boleh menjadi satu medium yang menarik dalam membawa mesej hak asasi manusia di
dalam dan di luar persekitaran sekolah. Ilustrasi kartun adalah berdasarkan kepada satu set
cerita yang mengutarakan nilai hak asasi manusia yang berkaitan dengan kehidupan seharian
kanak-kanak. Komik dijangka akan diterbitkan pada tahun 2014.
(b) Video Hak Asasi Manusia
Suruhanjaya melantik Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi MARA
untuk menghasilkan video tersebut. Ia akan digunakan sebagai kaedah tambahan dalam
mempromosi nilai hak asasi manusia kepada masyarakat awam. Projek ini dijadualkan siap
pada 2014.
36