Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
(ii)
Anugerah Organisasi Komuniti
Anugerah telah diberikan kepada Pusat Seri Mengasih untuk CWLD di Kota Kinabalu,
Sabah, atas usaha dan kerja yang penting dalam menyediakan latihan dan program
pendidikan.
Cik Lee Fui Chin dan Datuk Mohd Safari Manan menerima Anugerah Organisasi Komuniti bagi
pihak Pusat Seri Mengasih
(iii) Anugerah Media
Wartawan Astro Awani, Cik Tan Su Lin telah memenangi anugerah kategori Media Penyiaran
manakala penolong editor The Star, Cik Shaila Koshy telah memenangi anugerah kategori
Media Cetak. Cik Tan telah menerbitkan sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Perjuangan
Hak Tanah Orang Asli’ yang memberi tumpuan ke atas hak tanah Orang Asal di Malaysia.
Cik Shaila Koshy diiktiraf atas laporannya mengenai isu hak asasi manusia selama 24
tahun, secara khususnya yang berkaitan dengan Orang Asal.
Cik Tan Su Lin menerima Anugerah
Media (Kategori Media Penyiaran)
bagi dokumentarinya mengenai hak
tanah Orang Asal
34
Cik Shaila Koshy menerima Anugerah Media
(Kategori Media Cetak) untuk liputan berkaitan
isu hak asasi manusia