Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam (a) Pencalonan Suruhanjaya menerima sebanyak 39 pencalonan bagi empat kategori utama iaitu: • Anugerah Individu, dianugerahkan kepada individu (berumur lebih daripada 21 tahun) dan belia (berumur kurang daripada 21 tahun) yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam memajukan hak asasi manusia dalam komuniti atas dasar bukan untuk keuntungan; • Anugerah Organisasi/Kumpulan Komuniti, dianugerahkan kepada organisasi bukan atas dasar keuntungan yang berdaftar atau kumpulan advokasi tidak berdaftar yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam memajukan hak asasi manusia dalam komuniti atas dasar bukan untuk keuntungan; • Anugerah Media, dianugerahkan kepada individu dan/atau agensi daripada media cetak, atas talian dan penyiaran yang pernah menerbitkan atau mengeluarkan laporan/dokumentari/rancangan hak asasi manusia yang penting dalam jangka masa dua tahun yang lepas sehingga 31 Julai 2013; dan • Anugerah Khas, dianugerahkan kepada agensi Kerajaan, badan berkanun, GLC atau entiti perniagaan persendirian yang telah menunjukkan amalan terbaik hak asasi manusia dalam aspek polisi dan peraturan, norma dan standard serta penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan aktiviti. (b) Penerima Anugerah 2013 (i) Anugerah Individu Encik Andrew Khoo Chin Hock, seorang peguam, telah dipilih atas kerja beliau dalam bidang hak asasi manusia, termasuklah advokasi untuk pembaharuan pilihan raya dan pilihan raya kerajaan tempatan serta hak golongan rentan dan minoriti. Puan Ivy Khoo menerima Anugerah Individu bagi pihak anaknya, Encik Andrew Khoo Chin Hock 33

Select target paragraph3