Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
(i)
Sekolah Rendah:
•
SK Penderas, Pahang
•
SJK(T) Thiruvalluvar, Kedah
•
SJK(C) Chio Chiao, Selangor
(ii)
Sekolah Menengah:
•
SMK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
•
SMK Munshi Abdullah, Melaka
•
SMK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Suruhanjaya berbesar hati bahawa pertandingan tersebut telah menjadi satu medium yang
berkesan dalam menerapkan nilai hak asasi manusia di kalangan pelajar. Suruhanjaya juga
kagum dengan kebolehan pelajar dalam menyampaikan pemahaman mereka terhadap hak
asasi manusia melalui karya seni yang kreatif. Beberapa penyertaan yang dipilih sebagai
pemenang akan dimasukkan ke dalam sebuah booklet CRC versi ringkas. Ia akan diterbitkan
dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil untuk tujuan
pendidikan.
Anggota Suruhanjaya bersama para pemenang Pertandingan Booklet Hak Asasi Manusia
3. ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2013
Majlis Anugerah telah diadakan pada 10 Disember sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia
Sedunia. Anugerah tersebut adalah bertujuan untuk memperakui dan memberi pengiktirafan
kepada individu dan organisasi yang telah menyumbang ke arah mempromosi dan melindungi
hak asasi manusia.
32