Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
Mengenai Hak Ke Atas Tanah Orang Asal/Asli Di Malaysia (NI). Suruhanjaya juga menjelaskan
fokusnya terhadap lima isu tematik untuk tahun 2013 dan isu penting hak asasi manusia yang
lain.
(a) Pemerdagangan Orang
Seorang peserta bertanya tentang status aduan yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya
sejak tahun 2008 mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis dan Jabatan
Imigresen dalam kes pemerdagangan orang. Suruhanjaya memberi jaminan bahawa semua
aduan yang diterima akan diberi perhatian yang sama.
(b) Undang-undang Penahanan Pencegahan
Satu perbincangan yang menarik di antara
Suruhanjaya dengan seorang wakil polis berkenaan
sokongan beliau terhadap suatu cadangan untuk
mengembalikan Ordinan Darurat (Ketenteraman
Awam dan Pencegahan Jenayah) (EO) untuk mengawal
kadar jenayah. Suruhanjaya mengulangi bantahannya
terhadap cadangan tersebut kerana EO membenarkan
penahanan tanpa bicara yang mana bercanggah
dengan prinsip asas hak asasi manusia. Suruhanjaya
menganggap sebarang bentuk pelaksanaan semula
undang-undang tersebut adalah satu langkah mundur
dalam rekod hak asasi manusia negara.
Suruhanjaya juga menekankan keperluan untuk pihak
polis mencontohi amalan terbaik pencegahan jenayah
seperti diamalkan oleh Royal Canadian Mounted Police,
Scotland Yard, Interpol, Jabatan Polis Los Angeles dan
Polis Victoria.
Suruhanjaya mengulangi
seruannya kepada
pihak Kerajaan untuk
memansuhkan Akta
Hasutan 1948 dan
menggantikannnya dengan
Akta Keharmonian
Nasional. Suruhanjaya
menyatakan harapannya
agar Akta yang
dicadangkan ini akan
digubal selari dengan
prinsip asas hak asasi
manusia.
Suruhanjaya mengulangi seruannya kepada pihak Kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan
1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional. Suruhanjaya menyatakan
harapannya agar Akta dicadangkan ini akan digubal selari dengan prinsip asas hak asasi
manusia.
(c) Pelaksanaan CEDAW di Malaysia
Suruhanjaya mempunyai kebimbangan yang sama terhadap isu yang dikemukakan oleh seorang
peserta berkenaan perkembangan pihak Kerajaan dalam menghantar Laporan Negara Berkala
ketiga dan keempat kepada Jawatankuasa CEDAW untuk semakan terhadap pelaksanaan
Konvensyen tersebut di peringkat nasional. Dalam memberitahu bahawa ia belum menerima
salinan Laporan Negara tersebut, Suruhanjaya juga memaklumkan bahawa ia sedang dalam
proses menyediakan laporannya untuk dihantar kepada Jawatankuasa CEDAW dalam masa
yang sewajarnya. Suruhanjaya juga menyedari keperluan untuknya memastikan pihak Kerajaan
menghantar Laporan Berkala Negara tepat pada masanya.
30