Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
Tempatan. Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada pegawai
penguatkuasa mengenai hak asasi manusia semasa menjalankan tugas.
Ceramah ini menekankan hak asasi pegawai penguatkuasa, hak OKU, kanak-kanak dan wanita.
Suruhanjaya turut berkongsi aduan yang diterima bersama pihak berkuasa tempatan ke arah
mencari jalan penyelesaian yang praktikal untuk menangani isu yang dibangkitkan seperti
kekurangan kemudahan di tempat awam yang memenuhi keperluan OKU.
3. HAK WARGA EMAS
Bahagian Pendidikan dan Promosi bekerjasama dengan Bahagian Penyelidikan dan
Pembangunan Dasar untuk mengenalpasti isu hak asasi manusia yang menjejaskan warga
emas. Persediaan awal adalah penting kerana Malaysia akan mencapai status ‘negara tua’
pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada
jumlah penduduk.
Pada 23 April, Suruhanjaya telah melawat tiga pusat di Kuala Lumpur untuk mendapatkan
maklumat mengenai kemudahan yang disediakan. Pusat tersebut adalah Rumah Seri Kenangan
yang dikendalikan oleh Kerajaan; Pusat Jagaan Harian Warga Emas yang diuruskan oleh
Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia di Cheras; dan pusat jagaan Lecadia Primacare
Centre di Pudu, Kuala Lumpur. Bahagian Pendidikan dan Promosi telah merancang aktiviti
dan kempen kesedaran bagi membolehkan lebih ramai masyarakat menghargai keperluan di
samping memahami hak warga emas.
4. SUHAKAM BERSAMA MASYARAKAT
Maklumat mengenai hak asasi manusia telah disebarluaskan di peringkat akar umbi melalui
beberapa satu siri road show yang diadakan di Dewan Residensi Kangar, Perlis, Dewan Residen
Kuala Lipis, Pahang, dan Majlis Daerah Gerik, Perak.
Isu utama hak asasi manusia yang dibangkitkan semasa sesi soal jawab termasuk:
•
•
•
Kebebasan bersuara dan memberi pendapat melalui blog bagi penjawat awam;
Isu berkaitan Undang-undang Syariah, termasuk cadangan mengenai
penyeragamannya di semua negeri; dan
Kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Berdasarkan sambutan yang diterima, Suruhanjaya berpendapat bahawa program ini
menyediakan satu platform yang berkesan kepada masyarakat untuk berkongsi maklumat dan
berbincang mengenai hak asasi manusia di peringkat masyarakat.
28