Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Untuk memantau pelaksanaan program ini, Suruhanjaya telah melawat 15 daripada 17 buah sekolah asal yang mengambil bahagian bagi meninjau perkembangan serta memberi bimbingan dan nasihat mengikut keperluan. (i) Terdapat kemajuan yang menggalakkan dalam pelaksanaan program. Guru dan pelajar lebih banyak terlibat dan menyedari tentang hak asasi manusia serta hak kanak-kanak dalam amalan mereka. Kebanyakan sekolah menekankan program ini pada hari-hari istimewa seperti Hari Kemerdekaan, Maulidul Rasul, Hari Ko-kurikulum dan Hari Sukan. Suruhanjaya mendapati bahawa pemahaman dan kerjasama di kalangan pengetua dan guru bertambah baik pada masa kini. (ii) Kebanyakan sekolah telah merekodkan aktiviti ATHAM mereka bagi tujuan bukti dan rujukan. Amalan baik ini membantu untuk menyebarkan pengetahuan, seterusnya memberikan kesedaran kepada guru dan pelajar yang belum terlibat dalam program ini. (iii) Terdapat kekurangan bahan mengenai hak asasi manusia dan ATHAM di sekolah. Kebanyakan sekolah masih bergantung kepada Suruhanjaya untuk membekalkan bahan. Suruhanjaya telah membantu dalam usaha ini dengan menganjurkan pertandingan ‘Booklet Hak Asasi Manusia’ antara sekolah ini, mengedarkan risalah mengenai program ATHAM ke sekolah yang dilawati, dan berusaha untuk mendapatkan bahan tambahan, terutamanya untuk sekolah Tamil dan Cina. (b) Institusi Pengajian Tinggi Pada 2 April, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah menjemput Suruhanjaya untuk menyampaikan ceramah mengenai Hak Asasi Manusia kepada pelajar Fakulti Seni Halus. Suruhanjaya telah berusaha untuk mengatasi cabaran dalam menyampaikan maklumat mengenai hak asasi manusia menerusi langkah yang kreatif. Usaha yang dilakukan menerima sambutan yang baik dan Suruhanjaya memperolehi pengalaman yang berharga dalam mengambil pendekatan yang berbeza terhadap subjek berkenaan. Untuk menggalakkan universiti bersifat proaktif dalam bidang hak asasi manusia, Suruhanjaya telah mencadangkan kepada beberapa institusi untuk menubuhkan Pusat Hak Asasi Manusia. Universiti Malaya telah menerima cadangan tersebut dan mula menubuhkan sebuah pusat di bawah Kluster Sains Sosial dan Perlakuan. Suruhanjaya berharap untuk bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang. (c) Sekolah Orang Asli (i) Pengaruh ibu bapa dan masyarakat Penglibatan ibu bapa dalam perkembangan kanak-kanak, seperti yang ditetapkan dalam Artikel 5 dan Artikel 18 CRC, telah diiktiraf dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Pasca Menengah).1 KPM telah menyatakan bahawa ianya akan melibatkan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta sebagai rakan kongsi. 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Pasca Menengah), ms 20-28 20

Select target paragraph3