Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
1. PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA
(a) Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di
Sekolah (ATHAM)
Sebanyak 17 buah sekolah yang telah dikenal pasti oleh KPM
kini terlibat dalam program teras jangka panjang ini. Objektif
program ini adalah untuk memupuk kesedaran mengenai
hak asasi manusia di kalangan pelajar supaya nilai ini dapat
diamalkan secara bertanggungjawab ke arah mencapai
keharmonian sosial.
Pada 3-5 April, Suruhanjaya bekerjasama dengan KPM
mengadakan bengkel untuk guru daripada 26 buah
sekolah Orang Asli. Mereka diminta untuk menyediakan
pelan tindakan yang akan dilaksanakan di dalam program
ATHAM di sekolah masing-masing, dengan menumpukan
kepada pembentukan personaliti dan sahsiah pelajar, untuk
membantu mereka terus belajar di sekolah. Ia merupakan
perkara pokok memandangkan kehadiran penuh di sekolah
menjadi masalah utama di kalangan kanak-kanak orang
asli. Suruhanjaya mengambil maklum komitmen dan minat
guru yang sepenuhnya dalam program ini.
KPM telah bersetuju
untuk menubuhkan
sebuah Jawatankuasa
CRC – dipengerusikan
oleh Ketua Pengarah.
Melalui jawatankuasa
ini, KPM telah
bersetuju untuk
menambah 121 buah
sekolah dalam program
ini, menjadikan jumlah
keseluruhan 138 buah
sekolah menjelang
penghujung tahun ini.
Pada bulan Mei, KPM telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa CRC –
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah KPM - sebagai satu cabang Jawatankuasa ATHAM.
Suruhanjaya merupakan ahli tetap dalam jawatankuasa ini. Melalui jawatankuasa ini, KPM
telah bersetuju untuk menambah 121 buah sekolah dalam program ini, menjadikan jumlah
keseluruhan 138 buah sekolah menjelang penghujung tahun ini.
Pada 3 dan 4 Disember, Suruhanjaya telah mengadakan seminar untuk 83 buah sekolah di
Semenanjung Malaysia yang telah terpilih untuk melaksanakan program ATHAM. Tujuh puluh
orang wakil sekolah hadir ke seminar manakala yang selainnya tidak dapat hadir disebabkan
banjir. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, Pengetua dan Guru Besar telah diberi taklimat
mengenai konsep program ini. Mereka telah memberi maklum balas dan sokongan yang
menggalakkan. Seminar bagi 55 buah sekolah di Sabah dan Sarawak akan diadakan pada tahun
akan datang.
Penerangan mengenai
ATHAM kepada
Pegawai-pegawai dan
Pengetua Jabatan
Pelajaran Negeri
19